Ham
Generasi XYZ…..
Selamat Tahun Baru 2014…
Terlebih dahulu eloklah kita
kenali dahulu apa itu Generasi X,Y & Z
Istilah Generasi X,
Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur
tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digitalmembahagikan demografi
penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945
dan sebelumnya)
2. The Baby
Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby
Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo
of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998
hingga 2009) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
Penulis mengenali Radio
Amatur ketika berusia 14 tahun di tahun 70han dan boleh di katogorikan sebagai
Ham Generasi X. Ketika itu penulis kira 90% dari Ham sudah tidak menggunakan
mode AM walaupun ada sebahagian Ham di Indonesia dan Negara lain masih
menggunakan mode AM
Pada ketika itu penulis hanyalah SWL banyak membuat
“monitoring” boleh dikatakan setiap petang penulis akan monitor di 7040 dimana
pada ketika di penghujung tahun tahun
70han dan awal tahun 80han tiap2 petang penulis akan mendengar 9M2DW, 9M2GV,
9M2AR, 9M2RI, 9M2RJ, 9M2FK, 9M2GL, 9M2FR, 9M2FZ, 9M2EG, 9M2TA dll pada ketika itu
ujudlah SSB…RTTY .di tahun 80han ujudlah mode PACTOR Modem2 PK232 di
perkenalkan. Pada tahun 70han – 1982 Penulis menetap di Taiping. Dan penulis
tidak berpeluang memiliki alat VHF…atas faktor kewangan hanya sebuah HF
Receiver yg mampu penulis miliki itu pun di pinjamkan oleh abang penulis. Radio
nya basar perlu dua orang utk mengankatnya. Semua nya menggunakan “Valve” pada
ketika itu hanya ada Satu Repeater VHF sahaja iaitu 9M2RUK. Di Ulu Kali nama
RUK itu adalah singkatan kepada Repeater Ulu Kali….
Kalau dulu 40 Meter begitu
riuh tapi sekarang sudah tidak semeriah dulu lagi…Kalau dulu kita kebanyakanya
buat antenna…homebrew…radio pun ada antaranya homebrew sendiri…
Zaman sudah berlalu “Heatkit”
sudah tutup dek kerana orang sudah bertukar hobi…kalau dulu telefon di negara
kita bermula dari rumah sahaja kemudian timbul lah ATUR…lepas itu telefon mudah
alih HP…generasi pertama lepas itu kedua
dan seterusnya kini sudah ada telefon Pintar…..
Kalau kita putar di HF tidak
saperti dulu….dulu 70-80% QSO berbentuk ilmiah namun hari ini mungkin hanya 10%
-20% perbincanganya berbentuk Ilmiah yang ada kaitannya dengan Radio Amatur
yang lain2 hanya cerita biasa2 sahaja…fenomina ini bukan saje berlaku Negara
kita bahkan diseluruh dunia. Inilah Ham generasi Z yang muncul pada era 1998 –
2009….Ham era ini kebanyakan nya sudah lahir sudah ada Internet …dah sudah
memasuki era Digital dan Jalur Lebar…e-QSO ….saperti Echo Link dll….tempias nya
juga mengenai Generasi Y…..
Kalau nak kan ilmu kita perlu
baca banyak buku, kita boleh oder dari Ebay..atau Amazon.com dll….namun berapa
ramai yang mencari bahan bacaan……mungkin melayari internet anda boleh juga muat
turun ebook…namun jika kita lihat Zaman terdahulu, Iman2 yang terdahulu….mereka
boleh menulis buku2 yang benar2 mantap…orang dulu memang hebat saperti Imam
Syafie..menulis kitab saperti Al UM….Fikh Al Manhaj dll….kitab2 karangan Imam
Al- Gazali contohnya Ihya Ulumuddin…dan banyak lagi cuba kita bayangkan pada
ketika itu tidak ada komputer..atau type writer……pemikiran mereka hingga diguna
pakai sehingga kehari ini hebat nya para sarjana pada ketika itu….
Hari ini jika kita lihat
berapa ramai kajian atau tesis dibuat oleh penuntut2 Universiti namun kemana
pergi nya kajian dan hasil nya….?
Kalau kita lihat pula
sejarah perkembangan komunikasi di Negara kita bermula dari tahun 1876 talian
telegraf pertama di MALAYA yang di hubungkan antara Taiping ke Kuala
Kangsar….dan seterusnya sejarah juga tercipta dimana pada tahun 1928 Radio
Amatur diperkenalkan di Malaya…ketika itu di era tahun 80han ke 90 hanya terdapat
kurang dari 300 pemilik lesen radio amatur tika itu. Pada tahun 1995 diujudkan
Lesen Kelas B…dan sehingga kini sudah mencecah 10,000 orang ……
Kita mungkin ada kuantiti
namun dimana kualitinya…?..Dulu kita hanya ada satu Persatuan RA tapi hari ini
kita ada 26 persatuan dan Kelab di seluruh Negara. Ada yang katakan banyak
kelab dan persatuan buat kita lebih rumit lagi….. Benar tubuhlah banyak kelab
pun tak kan menyelsaikan masalah. Apa masalah nya ? Penulis menerima berbagai
keritikan. Mengenai beberapa perkara…. Penulis terima semua keritikan dengan
hati terbuka.
Pada pendapat penulis tidak
ada salahnya nak tubuh apa2 persatuan sebab masing2 ada kelebihan nya dan
masing2 ada objektifnya. Kita tidak harus menyalahkan mana-mana persatuan.Semua
persatun fungsinya sama sahaja. Hanya yang penulis lihat ada dua persatuan yang fokusnya kepada komunikasi bencana ia itu
MARES dan SARES. Yang lain2 tu fungsinya
di peringkat daerah, negeri, dan nasional. Persatuan tidak harus di persalahkan
Cuma nya pucuk pimpinan sahaja yang menentukan hala tuju sesebuah persatuan.
Penulis percaya majoriti Ham
pada hari ini adalah Ham Generasi Z yang ujud dalam tahun 1998-2009……mungkin
peratus nya boleh kita katakana 80% kebanyakan nya adalah Ham Generasi Z.
Dan selebih nya adalah dari
generasi Baby Boom, X,Y dan Alpha bagaimana kita mahu membentuk Ham yang ada
wawasan….mereka haruslah dilengkapi diri mereka dengan Ilmu pengetahuan sejarah
juga penting bagi membentuk Ham generasi akan datang….iaitu Ham generasi Alfa,Bravo…Charlie…
Delta dan seterusnya…….cuba kumpulkan bahan2 sejarah dan cuba duduk dgn Ham
generasi Baby Boom..X dan Y. Jika pupusnya ham generasi Baby Boom, X dan Y ini
maka kita tidak tahu apa akan terjadi 20…30 tahun akan datang…..Generasi Z
lahir apabila Internet ada di depan mata…bayangkan kanak2 berusia 4 tahun atau
kurang dari itu sudah ada akaun Facebook….kanak2 didedahkan dgn gadjet saperti
ipad, smart phone dll. Negara2 maju saperti Amerika dan Jepun masih dapat
dilihat peningkatan pengamal RA. Kerana daya pemikiran penduduk disana berbeza
dengan cara pemikiran rakyat kita…kenapa dulu masa zaman penulis pada ketika
itu hanya ada 300 orang sahaja yg terdiri dari berbilang bangsa…Melayu, India,
Cina, Jepun, Mat Saleh…dll keturunan pada ketika itu peratus orang melayu yang
terlibat dgn Hobi ini kurang dari 30% namun tidak ujud apa2 persengkataan. Hari
ini kita boleh berbangga peratus org melayu yang terlibat dengan RA amat besar
boleh dikatakan 90% Ham di Malaysia adalah berbangsa Melayu. Kita boleh berbangga
dengan Kuantiti ,namun dimana perginya kualiti kita sebagai pengamal RA
…kualiti nya penulis boleh katakan ianya sudah menurun dgn mendadak….kalau dulu
kualiti org kita di dalam RA adalah lebih 90% namun hari ini tuan2 fikir
sendiri tepuk dada Tanyalah hati…..
Kita harus melahirkan
Generasi Ham yang berkualiti….semua patut memainkan perananya..di harap para di
peringkat atasan saperti pembuat dasar dan polisi ayuh banunlah…lakukanlah
transfomasi saperti yang di laungkan PM kita
jangan ambil sikap sambil lewa mengatakan perkara ini tidak penting ini
adalah agenda Negara agenda nasional…jika kita dapat melahirkan Ham yang
berkualiti maka ianya adalah asset Negara…..ham ini kepunyaan semua..bukan
kepunyaann individu sahaja..atau hanya kepunya satu persatuan !!! ayuh marilah
kita berganding bahu…hentikanlah bersikap menyalahkan orang lain….mari kita
sama2 baiki diri kita….
Di harap kita dapat
meningkatkan kualiti dan mutu RA kita bagi memartabatkan bangsa dan
Negara….Rakyat Maju Negara Maju……
No comments:
Post a Comment