Malaysian Amateur Radio News

Tuesday, May 19, 2009

MENGAPA? BILA? SIAPA?

Mengapa? Bila? Siapa…??


Masa telah berlalu…
Pada kebelakangan ini terdapat berbagai perkara dan perubahan belaku di sekitar kita…berkaitan perkembangan Radio Amatur di negara kita….
Perkara yang ketara ini berlaku semenjak tahun 2000 lagi …….suka atau tidak kita semua terpaksa mengharungi nya. Ramai antara kita pada hari ini menyuarakan rasa ketidak puasan ….di atas apa yang berlaku pada hari ini…..Ada yang bersifat sementara dan ada yang bersifat kekal…..



Kami berpendapat bahawa perlu ada satu perubahan dari segi kawal selia oleh pihak berkuasa dan suatu pembahruan harus di lakukan.. Undang-undang dan garis panduan perlu di kemas kini bagi menyesuaikan keadaan semasa dan mengikut peredaran zaman, dalam hal ini kita seharusnya prihatin keatas hal-hal semasa…..Ada antara kita pada hari ini meluahkan persaan ketidak puasan mereka di kedai-kedai kopi bersama rakan-rakan mereka…dan ada di antaranya melalui email dan lain-lain lagi. Ramai yang merungut di belakang tabir….dan setengahnya langsung tidak kisah Mungkin ada yang mengatakan ah buat apa aku nak pening-pening kepala ni hobi saje cari hiburan dan suka-suka.



Dan ada sebilangan kecil pula mengatakan kita harus buat sesuatu…..akan tetapi apa yang kita lihat…disini perkara ini hanya….dibincangkan dikedai-kedai kopi yang tiada kesudahan nya..hanya segelintar yang benar-benar buat sesuatu dari 8,000 orang pemilik AA di Negara kita mungkin kurang 0.05 % yang benar2 lakukan sesuatu bagi kesejahteraan kita semua namun mereka-mereka ini ada lah segelintir masyarakat ham yang perihatin terhadap perkara ini kita harus berterima kasih pada mereka ini. 


Contohnya mereka ini lah yang telah berjuang menuntut supaya AA kelas B diujudkan dan juga cukai alat komunikasi dimansuhkan dll. Yang lain2 nya hanya boleh complian di kedai-kedai kopi sahaja. Mengapa tidak kita sebagai individu tidak buat lapuran atau cadangan dengan cara rasmi terus ke meja pihak yang berwajib saya percaya jika sekiranya masing-masing menjalankan tanggung jawab perkara-perkara ini dapat kita laksanakan sementara itu persatuan-persatuan harus tampil kehadapan buat sesuatu untuk kesejahteraan kita semua kita boleh lihat sekarang ini persatuan2 radio amatur tumbuh macam cendawan akan tetapi berapa banyak persatuan ini yang benar-benar bersuara ke pihak atasan kebanyakan nya hanya tunggu dan lihat. Mungkin pada anggapan mereka tak perlu buat ini semua kerana kita ada satu persatuan yang mewakili kita semua namun ada ketika nya mereka-mereka ini terlepas pandang atau terlupa atau sibuk menjalakan aktiviti dalaman sehingga terlupa yang mereka ini mewakili seluruh ahli radio amatur di Negara kita. 


Kita tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana apa yang kita lakukan adalah secara sukarela apakan alasan ini boleh kita semua terima? Ada juga persatuan-persatuan yang tidak menjadi atau mewakili Negara tampil kehadapan buat kertas kerja dan berikan pada pihak berkuasa ada di antara kertas kerjanya Berjaya tak kurang perkara2 yang diusulkan tidak mendapat apa2 jawapan atau diambil perhatian……dan ada juga antara cadangan tersebut di ceduk saperti copy and paste dan menjadi cadangan pihak yang lain ibarat kata cadangan berkenaan hanya di tukar kulit sahaja…isi kandungannya tetap sama Cuma kulit saje yang bertukar. Ibarat kata pepatah Lembu punya nama sapi dapat nama. Ini lah realiti nya.




Baru-baru ini kita lihat ada 9M yang merajuk dan terus mahu meninggalkan arena ini melalui tulisan beliau di laman web beliau beliau mencurahkan rasa hampa diatas apa yang berlaku sekarang ini sementara itu terdapat komen di laman2 lain ada yang sedih tak kurang juga ada yang tidak setuju dengan tindakan beliau. Namun itulah realitinya. Ada di anatara komen yang menarik perhatian saya ialah mengatakan Ahh ini hobi saje…..memang benar kalau kita sekali pandang ini hanyalah satu hobi…tapi jika kita fikir sedalam-dalam nya hobi ini tidak lah saperti hobi2 yang lain kerana ia memerlukan semangat dan dedikasi yang tinggi. Kita terpaksa belajar…kemudian menduduki ujian dan ada di antaranya perlu menduduki beberapa kali akhirnya mereka ini Berjaya. Akan tetapi bagi mereka2 yang tidak MENGHAYATI hobi ini sepenuhnya mereka2 ini tidak merasakan saperti apa yang dirasakan oleh rakan2 kita tadi. Mereka2 ini beranggapan ini hanyalah suatu hobi yang biasa….bukannya luar biasa. Hanya mereka2 yang benar-benar menghayati hobi ini mereka akan berjuang bermati matian untuk mendapatkan nya saya teringat dengan seorang rakan yang mengambil ujian RAE selama 10 kali(10 Tahun) baru beliau lulus apa-apa pun ada di antara kita yang serious dan yang banyak kita lihat hanya sekadar ikut-ikut atau memenuhi masa lapang.


Mungkin apa yang diluahkan oleh rakan itu ada kebenarannya jika anda benar-benar seorang ham anda akan berasa hampa dengan apa yang berlaku pada ketika ini saya sendiri merasa hampa…….
Nak kata kita tidak buat buat cadangan ….kita telah lakukannya
Nak kata kita tidak buat kertas kerja….itu pun kita telah lakukan……

Yang paling hampa sekali sikap sebahagian kakitangan yang berwajib…….yang diberi kuasa dan tanggung jawab…..tidak melakukan sesuatu bagi melaksakan segala cadangan yang di bentangkan. Kemana hala tuju kita?????
Yang pastinya mereka-mereka yang diamahkan ini tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan akan tetapi ada diantaranya amat gemar melakukan kerja disebaliknya adakah kita boleh berbangga dengan 8,000 orang pemilik AA Radio Amatur dinegara kita kalau kita bandingkan Negara Thailand missalnya mereka mempunyi lebih dari 150,000 orang pemilik Lesen Radio amatur. Kita ingin melihat suatu perbahruan dinegara kita. Jika kita boleh mencapai saperti apa yang Negara jiran kita, sudah pastinya kita akan lahirkan jurutera2 ..juruteknik2 yang berkemahiran di bidang komunikasi, satelit dan lain-lain lagi. 

Sementara itu ini akan dapat menjana ekonomi negara kita melalui keujudan industri-idustri komunikasi dan lain-lain lagi.



Mari kita lihat pula berapa ramai Ham yang ada pada hari ini yang benar-banar tampil kehadapan untuk membantu ketika di adakan field day….pameran dan yang paling ketara sekali sewaktu bencana. Yang pelik nya masyarakat kita hari ini amat suka memberi komen dan condem…ini tak betul …itu tak betul…..akan tetapi beliau sendiri tidak datang membantu. Apabila kita buat sesuatu perkara ada saje yang tidak kena, kita semua tidak boleh lari dari kesilapaan namun kesilapan atau cacat cela adalah sebagai panduan kita di masa akan datang supaya kesilapan itu tidak berulang namun hari ini ramai dikalangan kita cepat menjatuhkan sesuatu hukuman tampa memberi panduan atau tampil kehadapan untuk memperbaiki keadaan……kebanyakaan masyarakat kita pada hari ini hanya pandai bercakap…al maklum saje lah mulut kita tak ada insuran…kita boleh cakap apa yang kita suka…tapi sebelum kita mengeluarkan sesuatu perkataan eloklah kita muhasabah diri kita adakah dengan perkataan kita itu menyakiti hati orang lain.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.Pak Aziz.Saya tertarik dengan artikel ini.Dan saya ketika ini bersama rakan2 Taiping yang kini berada dalam Astra Pusat adalah berhajat untuk melakukan perubahan demi kemajuan Ham.Justeru itu saya mohon agar Pak aziz dapat memberi khidmat nasihat.Moga2 persatuan Radio amatur di Malaysia ini dapat bersatu dan saling membantu.
    Kalau Bukan hari ini bila lagi kita hendak berubah.
    Terima Kasih.
    9w2BPT Bob Taiping.

    ReplyDelete
  2. Tidak ada masalah...saya sentiasa terbuka.....

    ReplyDelete