Malaysian Amateur Radio News

Wednesday, October 1, 2014

Persatuan/ Kelab vs Individu

Sudah lama penulis tidak update blog ini.
Apa yang ingin penulis ketengahkan hari ini ada lah berkaitan isu Individu dan Persatuan.
Hari ini terdapat persatuan-persatuan Radio Amatur tumbuh macam cendawan. Ada pihak-pihak yang tidak puas hati dengan perkembangan Radio Amatur pada hari ini.

Pada pendapat penulis siapa-siapa pun berhak menubuhkan persatuan dan  kelab.Jika anda memenuhi kehendaki KDN maka anda layak. 
Perlu di ingat masing-masing persatuan ada tanggung jawabnya dan objektif penubuhan nya. Walaubagaimana pun kita kena ingat yang menjalankan Kelab atau Persatuan ada lah individu-individu yang kerja secara sukarela dan pemikiran mereka juga berbeza.

Apa yang penulis lihat kebanyakan individu yang menjalankan persatuan pemikiran mereka berbeza. Ade segelintir saje yang umur mereka MATANG akan tetapi PEMIKIRAN  mereka tidak matang atau kurang matang. Bak kata nak jadi ISLAM itu mudah tapi nak jadi mukmin yang payah.

Kita kena ingat kita ini adalah hamba Allah dan tanggung jawab kita adalah menjadi khalifah dimuka bumi ini.

Penulis telah berpuluh tahun bergiat aktif di dalam berbagai persatuan.  Apa yang dapat penulis rungkai disini semua nya terletak pada individu2 itu sendiri kerana merekalah yang mencorakan nya.

Persatuan semua nya BAIK namun jika ada Individu di dalam nya yang berfikiran sempit atau “Mental Block” maka akan ujudlah sentimen-sentimen yang kurang sihat sesama persatuan. Mungkin di kalangan AJK persatuan bersetuju di dalam satu keputusan namun jika majoriti AJK tidak bersetuju maka ianya  walaupun di anggap positif tapi perlaksanaan sesuatu perkara tidak dapat di relisasikan.

Selagi kita tidak ubah sikap kita kearah yang lebih POSITIF efisyen dan terbuka maka selagi itulah persatuan hanya tinggal nama mungkin persatuan-persatuan ini boleh GAH dengan nama sahaja namun ianya hanyalah pada nama.

Hijrahkan MINDA
Kita perlu hijrahkan MINDA kita …
Mengapa berlaku perpecahan…dan menyebakan individu-individu ini keluar dari persatuan dan tubuh persatuan lain…saya percaya anak-anak muda hari ini sudah mula sedar bahawa… mereka bukan lagi anak-anak muda saperti dahulu yang hanya tunduk kepada majlis tertinggi sesuatu persatuan. Mereka ini inginkan transformasi…..satu perkara yang penulis kira boleh di teima akal….tak perlu mengaji sampai tahap Universiti Menara Gading  untuk ini semua. Ini satu perkembangan yang BAIK kerana menyebabkan AJK persatuan mereka dahulu mula berfikir dan akan cuba perbaiki kesilapan yang telah lalu. Namun sejauh mana pembaikan tersebut bergantung kepada AJK yang ada pada hari ini…jika mereka masih lagi berfikiran SEMPIT yang hanya duduk di kelompok yang berfikiran NAGATIF maka ianya akan tinggal NAMA sahaja…Contohnya sudah boleh kita lihat sekarang ini…..

Kita perlukan Individu2 yang menerajui persatuan atau kelab, memiliki “Forward Thinking” “Creative Thinking”….atau yang lebih baik lagi “Multiple Thinking” ini semua perlu kepada daya kreatif yang tinggi dan yang paling penting Individu-individu ini perlu keluar atau Hijrah/ bermusafir di luar kawasan dan lihat sendiri apa orang lain buat …jangan hanya duduk di Zon Selesa…

Pakar Motivasi berkata…
Nak tahu siapa diri kita mudah sahaja. 
Buku apa kita baca ….dengan siapakah  kita bergaul…..
Berkaitan dengan membaca ini sila rujuk kepada tulisan saya yang terdahulu di http://advanced-skynet.blogspot.com/2014/09/budaya-membaca.html

Kembara Minda ke BALI
Cerita pasal Hijrah / musafir ini menarik, penulis teringat lagi pada tahun 2006 atau 2007 penulis buat satu rancangan pergi ke BALI Hamfest dan Seterusnya ke Jakarta Hamfest penulis bawa lebih dari 15 orang yang terdiri dari Ham dari Kawasan Tengah dan Selatan. Tujuan penulis membawa delegasi ini adalah untuk membawa mereka lihat sendiri negara jiran dan bagaimana Ham negara jiran ini menjalankan sesuatu aktiviti. Sekembalinya kami dari lawatan Hamfest di Bali seorang rakan yang mengikuti rombongan kami telah buat satu kertas kerja bertajuk Hamfest Malaysia…beliau membentangkan nya di satu masyuarat AJK ….kebetulan penulis tika itu mempengerusikan masyuarat berkenaan. Nah ini yang kita nak…mengapa individu ini buat kertas keje ini…jawapan nya mudah satelah di ajak bermusafir ke negara jiran pemikiran nya mula terbuka, balik saje ke Malaysia dengan semangat tersebut beliau buat kertas keje bertajuk “HAM FEST MALAYSIA”. 

Kembara Minda Ke JEPUN
Bulan Ogos 2014 yang lalu penulis mengumpul beberapa-berapa rakan radio amatur kami pergi ke Jepun apa sebab penulis memilih Jepun dalam kembara minda kali ini. Jepun terkenal dengan kemajuan teknologi nya. Mengapa destinasi ini yang dipilih tujuan nya untuk melihat sendiri bagaimana Jepun boleh maju kehadapan. Dari sudut radio amatur  negara Jepun mempunyai jumlah Ham tertinggi di dunia, iaitu lebih dari 3.3 Juta rakyatnya adalah Ham Radio mengalahi Amerika yang ada pada hari ini, yang jumlahnya sekitar 750,000 sahaja. Jepun di tempat pertama dan Amerika hari ini ditangga kedua. Dan anda jangan terperanjat ditangga ketiga jatuh kepada negara jiran kita iaitu Thailand yang mempunyai Jumlah hampir 200,000 !!!! Kami juga sempat mengunjungi Hamfest Tokyo. 
Anda boleh baca berkaitan lawatan kami ke Jepun di:  

Kembara ke Jepun ini banyak yang kami pelajari ...antaranya ialah. Mereka ini satu bangsa yang menepati masa. Untuk menguji ketepatan masa ini penulis ketika berada di suatu stesyen kretapi kami menantikan kretapi hendak menuju ke satu tempat. Kretepi kami menurut jadual yang tertera menyatakan jam 12.13pm. Penulis sendiri menghitung masa 10..9..8..7..6...5..4...3...2...1...0  Tepat saje Zero pintu kretapi terbuka dihadapan kami. Penulis pernah satu ketika dulu pernah berkhidmat dengan syarikat Jepun ketika pembinaan KLIA tahun 1995 yang lalu. Kalau meeting start jam 3.00pm tepat Jam 3.00pm pintu bilik masyuarat di tutup dan di kunci  dan masyuarat terus dimulakan. Siapa yang datang lewat tidak dapat masuk masyuarat.....dan surat memo dikeluarkan kepada syarikat sub kontrator yang wakil nya tak hadir pada watu tersebut.  

Perkara yang kedua yang kami pelajari di Jepun ini kebersihan diutamakan. Penulis melihat sendiri perkara ini lori-lori sampahnya bersih berwarna putih tiada setitik air yg mengalir keluar dari lori tersebut dan lori amat bersih tiada langsung kesan kotor pada lori tersebut. Dan penulis juga melihat sendiri sebuah lori yang membawa "Cement" ke tapak pembinaan lori tersebut siap dengan sport rim berkilat dan lori nya amat-amat bersih tiada langsung kesan Cement pada tayar dan pada badan lori berkenaan...Ini amat berbeza kalau kita lihat di negara kita...Lorinya bukan saje kotor dipenuhi dengan kesan Cement bahkan cementnya ada ketika nya bertabur di atas jalan raya...dan merosakan jalan tersebut dan menyebabkan kesulitan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Dan banyak perkara lagi yang kami pelajari.

Nah berbalik kepada perkembangan semasa penulis percaya mana-mana persatuan semuanya baik namun jika sekiranya Majoriti AJK atau pucuk pimpinannya berfikiran kolot, sementara yang berfikiran terbuka kecil jumlahnya, mana mungkin sesuatu perkara dapat di relisasikan kerana majoriti AJK berkenaan yang bersifat Nagatif. 

Fenomina saperti ini tidak berlaku 20 tahun yang lalu mengapa? Jawapan nya mungkin …

1. Pada ketika itu yang memiliki AA di seluruh negara    hanyalah seramai 300 orang sahaja dan hanya mempunyai satu persatuan sahaja.

2. Pada ketika itu ahlinya terdiri dari berbilang bangsa, Melayu, Cina, India, Sikh, Jepun, Korea dan Mat Saleh dari UK, US, Sweden, German dll. Dari jumlah ini Orang melayu hanya ada kurang dari 30%

Hari ini jumlah Ham di Malaysia lebih dari 10,000 orang satu perkembangan yang baik. Dari jumlah ini boleh kita katakan lebih dari 90% terdiri dari MELAYU….anda lihat sendiri beza peratusan orang Melayu yang terlibat 20 tahun dahulu dengan hari ini. Nah saperti sedia maklum orang Melayu ini terkenal dengan sifat “PHD” dan Melayu disini 99.999% adalah berugama ISLAM

Kelemahan KITA
Penulis memetik kata-kata seorang ulama… “Aku pergi ke Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam”

Cuba kita fikir sendiri kata-kata ulama ini  realiti nya ada di depan mata kita sekarang ini. Orang ISLAM sepatutnya hebat namun amat malang dan rugi sekali kita tidak buat apa yang junjungan kita buat mari kita sama-sama fikir sendiri kita adalah umat Muhammad s.a.w Umat yang terbaik yang di jadikan Allah dan kita pula dipilih menjadi umat Muhammad. Nabi Musa bermohon kepada Allah agar jadi umat Muhammad namun tidak diperkenankan oleh ALLAH. Mari kita sama -sama mahasabah diri kita dan banyakan beristighfar. Kita adalah umat yang terbaik. Tapi apa yang kita lakukan sebagai umat yang terbaik???? Amat rugi lah kita sudah terpilih menjadi umat Muhammad s.a.w namun kita tidak "value" diri kita dengan menjadi khalifah yang terbaik dalam penghidupan kita.

Jangan 'selective' dalam mencontohi Nabi SAW dengan hanya melihat aspek 'spiritual dan ritual'. Contohnya melihat aspek fizikal dan pakaian tapi tidak mengambil berat aspek asas seperti kebersihan. Contoh lain, melihat aspek ibadah khusus seperti solat dan haji tapi mengabaikan aspek pengurusan masa, organisasi dan negara.

Sikap
Sikap kita perlu berubah…baru lah hidup kita boleh berubah…."Mindset" kita perlu berubah…Kita hidup di dunia ini masa nya begitu singkat..Bagaimana menfaat kan usia yang pendek ini untuk kita memaksimumkan nya “work smart dont work Hard…" kita perlukan usia kita ini penuh dengan barakah….bukan nya menabur  fitnah dan mengadu domba….

“The power of NOW……”
“You are what u read…” Jika kita ikut contoh diatas kita dapat memberi kesedaran memberi kefahaman dan memberi bimbingan.....
Bagaimana kita nak bimbing generasi akan datang jika generasi hari ini mengabaikan apa yang di suruh oleh junjungan kita. 

Imam Malik pernah berkata pembaikan umat yang kemudian harus  dilakukan dengan kaeadah umat yang pertama dahulu (Zaman Rasulullah)ia perlu di baiki dengan kaedah Iqra yang pertama…Kita perlu ikuti contoh zaman rasululah dan zaman sahabat.

Kita tidak mengamalkan cara hidup ISLAM yang sebenar walaupun kebanyakan kita adalah orang ISLAM

Seorang pakar motivasi berkata “Kelemahan umat Islam sekarang  kerana tidak membaca” …yang pertama Quraan dan Hadith…..jika kita abaikanya maka akan menyebakan kita buta hati…ILMU itu adalah cahaya. (Tugas kita sebagai  Hamba Allah)

Kita juga perlu membaca membawa kepada kemajuan dan pembangunan, kita perlu juga Membaca ILMU yang berkaitan dengan sains, pentabiran dll Pembacaan peringkat kedua ini adalah untuk kita menjadi sebagai Khalifah di muka bumi ini…

Kalau kita baca sejarah para nabi pun kebanyakannya berhijrah / bermusafir.
Justeru itu, sentiasalah kita memerhatikan nilai positif yang ada di dalam kehidupan masyarakat DUNIA. Supaya nilai2 yang baik itu dapat kita adaptasikan kepada masyarakat kita.

Semua ini perlu diperhatikan dengan hati yang halus, lantas mengheret fikiran kita kepada sabda nabi Muhammad SAW:
“Kebijaksanaan itu adalah barang cicir orang Mukmin. Sekiranya ianya dijumpai, maka merekalah yang lebih berhak untuk mendapatkannya kembali”. (Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi).

Penulis berdoa kapada dirinya dan rakan-rakan seperjuangan agar diberikan Taufik dan Hidayah, Kemahiran dan Kefahaman dalam penghidupan dan mentadbir sebuah organisasi. Kita semua tidak lari dari melakukan kesilapan…untuk itu saya memohon ribuan kemaafan kepada semua yang membaca tulisan saya ini jika ada yang saya nyatakan disini tidak menepati hati anda segala kesilapan adalah dari diri saya sendiri….yang baik itu dari Allah yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. 

No comments:

Post a Comment