Malaysian Amateur Radio News

Tuesday, December 31, 2013

Ham Generasi X, Y Dan Z

Ham Generasi  XYZ…..
Selamat Tahun Baru 2014…
Sebelum berbicara eloklah kita membaca Umul Kitab kita sedekahkan pada Nabi Muhammad s.a.w…kepada kedua ibu bapa kita dan kepada diri kita dan keluarga kita dan seluruh umat Muhammad semoga tahun ini memberi kabaikan pada kita semua…..Al Fatihah.
Terlebih dahulu eloklah kita kenali dahulu apa itu Generasi X,Y & Z
Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digitalmembahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A 

Penulis mengenali Radio Amatur ketika berusia 14 tahun di tahun 70han dan boleh di katogorikan sebagai Ham Generasi X. Ketika itu penulis kira 90% dari Ham sudah tidak menggunakan mode AM walaupun ada sebahagian Ham di Indonesia dan Negara lain masih menggunakan mode AM
Pada ketika itu  penulis hanyalah SWL banyak membuat “monitoring” boleh dikatakan setiap petang penulis akan monitor di 7040 dimana pada ketika di penghujung tahun  tahun 70han dan awal tahun 80han tiap2 petang penulis akan mendengar 9M2DW, 9M2GV, 9M2AR, 9M2RI, 9M2RJ, 9M2FK, 9M2GL, 9M2FR, 9M2FZ, 9M2EG, 9M2TA dll pada ketika itu ujudlah SSB…RTTY .di tahun 80han ujudlah mode PACTOR Modem2 PK232 di perkenalkan. Pada tahun 70han – 1982 Penulis menetap di Taiping. Dan penulis tidak berpeluang memiliki alat VHF…atas faktor kewangan hanya sebuah HF Receiver yg mampu penulis miliki itu pun di pinjamkan oleh abang penulis. Radio nya basar perlu dua orang utk mengankatnya. Semua nya menggunakan “Valve” pada ketika itu hanya ada Satu Repeater VHF sahaja iaitu 9M2RUK. Di Ulu Kali nama RUK itu adalah singkatan kepada Repeater Ulu Kali….

Kalau dulu 40 Meter begitu riuh tapi sekarang sudah tidak semeriah dulu lagi…Kalau dulu kita kebanyakanya buat antenna…homebrew…radio pun ada antaranya homebrew sendiri…
Zaman sudah berlalu “Heatkit” sudah tutup dek kerana orang sudah bertukar hobi…kalau dulu telefon di negara kita bermula dari rumah sahaja kemudian timbul lah ATUR…lepas itu telefon mudah alih  HP…generasi pertama lepas itu kedua dan seterusnya kini sudah ada telefon Pintar…..

Kalau kita putar di HF tidak saperti dulu….dulu 70-80% QSO berbentuk ilmiah namun hari ini mungkin hanya 10% -20% perbincanganya berbentuk Ilmiah yang ada kaitannya dengan Radio Amatur yang lain2 hanya cerita biasa2 sahaja…fenomina ini bukan saje berlaku Negara kita bahkan diseluruh dunia. Inilah Ham generasi Z yang muncul pada era 1998 – 2009….Ham era ini kebanyakan nya sudah lahir sudah ada Internet …dah sudah memasuki era Digital dan Jalur Lebar…e-QSO ….saperti Echo Link dll….tempias nya juga mengenai Generasi Y…..
Kalau nak kan ilmu kita perlu baca banyak buku, kita boleh oder dari Ebay..atau Amazon.com dll….namun berapa ramai yang mencari bahan bacaan……mungkin melayari internet anda boleh juga muat turun ebook…namun jika kita lihat Zaman terdahulu, Iman2 yang terdahulu….mereka boleh menulis buku2 yang benar2 mantap…orang dulu memang hebat saperti Imam Syafie..menulis kitab saperti Al UM….Fikh Al Manhaj dll….kitab2 karangan Imam Al- Gazali contohnya Ihya Ulumuddin…dan banyak lagi cuba kita bayangkan pada ketika itu tidak ada komputer..atau type writer……pemikiran mereka hingga diguna pakai sehingga kehari ini hebat nya para sarjana pada ketika itu….

Hari ini jika kita lihat berapa ramai kajian atau tesis dibuat oleh penuntut2 Universiti namun kemana pergi nya kajian dan hasil nya….?

Kalau kita lihat pula sejarah perkembangan komunikasi di Negara kita bermula dari tahun 1876 talian telegraf pertama di MALAYA yang di hubungkan antara Taiping ke Kuala Kangsar….dan seterusnya sejarah juga tercipta dimana pada tahun 1928 Radio Amatur diperkenalkan di Malaya…ketika itu di era tahun 80han ke 90 hanya terdapat kurang dari 300 pemilik lesen radio amatur tika itu. Pada tahun 1995 diujudkan Lesen Kelas B…dan sehingga kini sudah mencecah 10,000 orang ……

Kita mungkin ada kuantiti namun dimana kualitinya…?..Dulu kita hanya ada satu Persatuan RA tapi hari ini kita ada 26 persatuan dan Kelab di seluruh Negara. Ada yang katakan banyak kelab dan persatuan buat kita lebih rumit lagi….. Benar tubuhlah banyak kelab pun tak kan menyelsaikan masalah. Apa masalah nya ? Penulis menerima berbagai keritikan. Mengenai beberapa perkara…. Penulis terima semua keritikan dengan hati terbuka.

Pada pendapat penulis tidak ada salahnya nak tubuh apa2 persatuan sebab masing2 ada kelebihan nya dan masing2 ada objektifnya. Kita tidak harus menyalahkan mana-mana persatuan.Semua persatun fungsinya sama sahaja. Hanya yang penulis lihat  ada dua persatuan yang  fokusnya kepada komunikasi bencana ia itu MARES dan SARES.  Yang lain2 tu fungsinya di peringkat daerah, negeri, dan nasional. Persatuan tidak harus di persalahkan Cuma nya pucuk pimpinan sahaja yang menentukan hala tuju sesebuah persatuan.

Penulis percaya majoriti Ham pada hari ini adalah Ham Generasi Z yang ujud dalam tahun 1998-2009……mungkin peratus nya boleh kita katakana 80% kebanyakan nya adalah Ham Generasi Z. Dan selebih nya adalah dari generasi Baby Boom, X,Y dan Alpha bagaimana kita mahu membentuk Ham yang ada wawasan….mereka haruslah dilengkapi diri mereka dengan Ilmu pengetahuan sejarah juga penting bagi membentuk Ham generasi akan datang….iaitu Ham generasi Alfa,Bravo…Charlie… Delta dan seterusnya…….cuba kumpulkan bahan2 sejarah dan cuba duduk dgn Ham generasi Baby Boom..X dan Y. 

Jika pupusnya ham generasi Baby Boom, X dan Y ini maka kita tidak tahu apa akan terjadi 20…30 tahun akan datang…..Generasi Z lahir apabila Internet ada di depan mata…bayangkan kanak2 berusia 4 tahun atau kurang dari itu sudah ada akaun Facebook….kanak2 didedahkan dgn gadjet saperti ipad, smart phone dll. Negara2 maju saperti Amerika dan Jepun masih dapat dilihat peningkatan pengamal RA. Kerana daya pemikiran penduduk disana berbeza dengan cara pemikiran rakyat kita…kenapa dulu masa zaman penulis pada ketika itu hanya ada 300 orang sahaja yg terdiri dari berbilang bangsa…Melayu, India, Cina, Jepun, Mat Saleh…dll keturunan pada ketika itu peratus orang melayu yang terlibat dgn Hobi ini kurang dari 30% namun tidak ujud apa2 persengkataan. Hari ini kita boleh berbangga peratus org melayu yang terlibat dengan RA amat besar boleh dikatakan 90% Ham di Malaysia adalah berbangsa Melayu. Kita boleh berbangga dengan Kuantiti ,namun dimana perginya kualiti kita sebagai pengamal RA …kualiti nya penulis boleh katakan ianya sudah menurun dgn mendadak….kalau dulu kualiti org kita di dalam RA adalah lebih 90% namun hari ini tuan2 fikir sendiri tepuk dada Tanyalah hati…..

Kita harus melahirkan Generasi Ham yang berkualiti….semua patut memainkan perananya..di harap  di peringkat atasan saperti pembuat dasar dan polisi ayuh bangunlah…lakukanlah transfomasi saperti yang di laungkan PM kita  jangan ambil sikap sambil lewa mengatakan perkara ini tidak penting ini adalah agenda Negara agenda nasional…jika kita dapat melahirkan Ham yang berkualiti maka ianya adalah asset Negara…..ham ini kepunyaan semua..bukan kepunyaann individu atau kroni2 tertentu sahaja..atau hanya kepunyaan satu persatuan  ayuh marilah kita berganding bahu…hentikanlah ini semua..bersikap dengan jujur dan bertangung jawab  mari kita sama2 baiki diri kita….


Di harap kita dapat meningkatkan kualiti dan mutu RA kita bagi memartabatkan bangsa dan Negara….Rakyat Maju Negara Maju…… 

No comments:

Post a Comment