Malaysian Amateur Radio News

Thursday, August 15, 2013

Radio Amatur dan Perkembangan Semasa 1928-2013


Perkembangan Radio Amatur dinegara kita boleh dikatakan maju dibandingkan dengan berpuluh tahun yang lalu. Kalau dua puluh tahun yang lalu kita ada kurang dari 300 pemilik lesen Radio Amatur namun pada hari ini kita ada lebih 10,000 ….orang.

Walaubagaimanapun menurut pegawai atasan SKMM yang ditemui baru-baru ini semasa konvensyen Radio Amatur 2013, mereka menyatakan peratus kelulusan tidak menepati kehendak mereka, kerana setiap kali diadakan ujian RAE purata kelulusan hanyalah 50% sahaja.  Antara sebab-sebab mengapa ini terjadi adalah kerana calon-calon yang menduduki ujian RAE tidak bersedia.

Dahulu hanya ada MARTS dan ahli-ahli nya terdiri dari berbilang bangsa…Melayu, India, Cina, Orang Inggeris, Jepun, dll. Kehidupan radio amatur ketika itu begitu harmoni. Mungkin pada ketika itu tidak ramai pengamal RA hanya sekitar kurang dari 300 orang. 


Pada tahun 1995 apabila pihak Jab. Telekom mengujudkan lesen Kelas B…dan pada ketika itu ramai SWL yang telah lulus ujian RAE memohon Lesen Kelas B. Dan berlakulah peningkatan peratusan pengamal RADIO AMATUR….dan pada ketika itu kebetulan ramai orang-orang melayu mula berminat dan duduki ujian RAE dan  banyak yang lulus ujian RAE. Oleh kerana menyedari keadaan ini maka beberapa orang rakan Ham di utara menubuhkan Persatuan Radio Amatur Melayu  Utara Semenanjung Malaysia(ASTRA)  pada  tahun 1997. Kenapa Nama ASTRA terserlah…….“Sebenarnya cadangan awal yang dikemukakan untuk nama persatuan ialah PERSATUAN ASTRONOMI DAN RADIO AMATUR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA atau ringkasnya ASTRA [yang bermaksud AST = Astronomi, manakala RA = Radio Amator]. Tetapi, setelah difikirkan kepentingan masa depan orang Melayu dalam  bidang radio amator, mesyuarat menolak nama berkenaan. Akhirnya diputuskan bahawa nama yang akan digunakan ialah   PERSATUAN RADIO AMATUR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia]. Walaupun begitu nama ASTRA terus diterima pakai.”

Kemudian pada tahun 2002 menyedari tentang pentingnya “Komunikasi Kecemasan” atau nama ringkasnya EmCom (Emergency Communication). Beberapa orang-orang Radio Amatur telah menubuhkan MARES (Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society) Sebenarnya cadangan asal nama yang dicadangkan ialah Amateur Radio Emergency Service (ARES) atau Radio Amateur Civil Emergency Service (RACES) atau Radio Amateur Emergency Network (RAYNET)

Nasrec  ditubuhkan pada tahun2003, Parts April 2006 dan seterusnya nya ujudlah lebih banyak lagi persatuan2 radio amatur. Saperti PERAMAH, PEMANCAR, JASRA, dll.  Ini satu perkembangan yang baik. Ada beberapa pengamal radio amatur  yang kurang senang dengan pengujudan persatuan2 ini. Pada pendapat mereka lagi banyak persatuan lebih rumit dan memeningkan kepala setengah2 pihak.

Pada pendapat penulis kita mestilah lihat dari propektif yang positif. Kenapa perlu diujudkan Kelab atau Persatuan? Ini bagi memenuhi cita rasa setiap kumpulan. Ujudlah banyak persatuan pun tidak mengapa yang penting disini persatuan harus ada Objektif dan Hala Tuju. Majlis Tertiggi sesuatu persatuan harus memainkan peranan pro aktif dan bersifat terbuka dan sedia menerima teguran dan memperbaiki keadaan. Setiap persatuan ada fungsinya.

Cuba kita lihat kenapa ada kedai runcit…lepas itu ada kedai 24 Jam…dan ada juga Mini Market..kemudian ada pula Supermarket dan seterusnya ada Hypermarket. Cuba kita Tanya diri kita kenapaah banyak sangat kedai runcit dan kedai 24 Jam pass tu ada pula mini market , Supermarket dan Hypermarket….? Masing2 ada pelanganya. Memang sudah jadi lumrah kehidupan manusia yang mempunyai hawa nafsu dan mempunyai berbagai sifat. Sudah pastinya ada pihak yang kurang bersetuju dengan apa orang lain buat, namun kita sebagai pelangan atau pengguna harus bijak memilihnya.

Dalam pemilihan peralatan komunikasi jika anda hanya mampu dan suka dengan   IC-718 anda boleh beli alat ini. Dan jika anda minat dan berkemampuan membeli  FT2000 anda boleh memilikinya. Ada setengah orang pula dia mampu memiliki FT2000 namun dia tak minat pergi ke HF jadi pada dirinya dia tak perlu FT 2000 cukup sekadar dengan FT8900 sahaja dan beberapa Handy. Anda mempunyai pilihan.

Kebanyakan dari kita (Pengamal Radio Amatur) tidak mempunyai “Kefahaman” . Yang menjadi masalah apabila kita sendiri yang suka mencari kesalahan dan mencari apa yang tak kena…dan kita pula tidak selidik atau buat “research” kita hanya membuat andayan mengikut cita rasa sendiri. Dan lebih buruk lagi apabila kita tanyakan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ariff di bidang tersebut. Jadi lah sesat dan menyesatkan.  

Terpulang kepada diri anda untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang sesat….carilah peta penghidupan barulah anda akan dapat jawapannya. Sikap atau “Attitude” kita harus berubah mengikut apa yang tercatit dalam kitabullah itulah yang dinamakan “Akhlak”

Mari kita ingatkan diri kita…..mari kita kembali kepada panduan kehidupan kita….saperti kata penulis sebelum ini, kita mempunyai manual untuk Yaesu FT 897…Icom IC 718 dll namun kita sudah lupa manual penghidupan kita. Apakah dia Manual Penghidupan kita? Jawapannya Al-Quraan dan Hadith.

Apa-apa yang berlaku disekeling Galeksi kita hari ini semua nya sudah tercatat dalam Lauhul Mahfuz.


“Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di bumi, melainkan (tercatat) dalam Kitab yang jelas (Lauhul Mahfuz)” (QS: An-Naml (27) :75)

No comments:

Post a Comment