Malaysian Amateur Radio News

Sunday, May 13, 2012

Bicara Semasa

Sesuatu yang ingin penulis kongsikan pada anda semua. Hari ini Ahad tanggal 13 May 2012. Pagi selepas selesai check in di Malaysian 40M net. Penulis terus begegas ke Masyuarat Agung Kali ke 16 Koperasi Penduduk Bandar Baru Bangi Berhad (KOBANGI). Ianya dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Hasan Nawawi B. Abdul Rahman YDP Majlis Perbandaran Kajang, Sedikit mengenai latar belakang Dato beliau adalah orang pertama di Malaysia berbasikal keliling dunia 2001-2002 beliau mengambil masa selama 13 bulan untuk berbasikal mengeliling dunia. Satu perkara yang luar biasa….perlu di contohi oleh anak muda hari ini….Pesanan beliau kita kena buat perkara berikut.

1. Senaman sekurang-kurangnya 30min tiga kali seminggu.

2. Diet yang betul

3. Suppliment

4. Stress Management

5. Tengah hari perlu ada “short nap” 15 ke 20 minit

6. Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam

OK berbalik kepada KOBANGI…dalam ucapan perasmian pagi tadi beliau berkata jika kita ada 300 orang ahli jika sekiranya seorang ahli commited membayar RM100 sebulan kepada Koperasi jumlah yg terkumpul untuk sebulan ialah RM30,000.00 setiap bulan kita ada jumlah RM30,000 di akaun kita akan tercatit jumlah nya setiap bulan dalam gandaan RM30,000.00 jika sekiranya penyata akaun kita maintain selama 6 bulan sekurang-kurangnya kita dapat membeli harta tanah yang melebihi 1 juta Ringgit…kerana bank akan memberi pinjaman..dilihat dari sumber kewangan yang teguh. Saya amat tertarik dengan kata-kata Dato’ ini

Sejarah Ringkas KOBANGI
Keperasi Penduduk Bandar Baru Bangi (KOBANGI) telah ditubuh dan didaftarkan hampir 13 tahun yang lalu berbangkit daripada satu resolisi Jawatankuasa Penduduk Bandar Baru Bangi di mesyaurat agungnya pada bulan Julai 1995 supaya satu wahana diujudkan bagi penduduk-penduduk Bandar Baru Bangi dapat berkecimpung dan turut serta secara tidak langsung dengan pembangunan Bandar ini di samping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masing-masing. Wahana yang dipilih ialah sebuah keperasi pengguna yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

Dalam usia nya yang muda ini. KOBANGI Berjaya membeli tiga (3) buah harta tanah di Pusat Bandar Bangi yang menjadi sumber pendapatannya setakat ini melalui wang sewaan daripada penyewa-penyewa swasta. Di samping aktif dalam bidang pelaburan hartanah, KOBANGI sedang merancang untuk menerokai bidang-bidang perniagaan lain. Sehingga kini bilangan anggotanya 295 orang.

Nilai Hartanah & Pendapatan
Untuk pengetahuan semua nilai 3 hartanah diatas pada masa kini ialah  RM 5 juta. Dan baru-baru ini KOBANGI membeli sebuah lagi rumah kedai 3 tingkat dan deposit berjumlah RM110,000 5% telah dibayar dan Sales and Purchase Agreement telah ditandatangani pada 10 Mac 2012 yang lalu. Setiap bulan pendapatan KOBANGI melebihi RM 22,000

Cadangan.
Kenapa penulis ceritakan perkara diatas. Ini kerana penulis inginkan semoga kita dapat berfikir kearah sesuatu kebaikan. Penulis pernah cadangkan idea saperti ini kepada satu persatuan 4 ..5 tahun yang lalu namun sampai hari ini perkara ini tidak dapat di laksanakan. Mengapa perkara ini tidak dapat dilaksanakan? Pada pendapat penulis ini kerana ramai dari ahli2 persatuan berkenaan hanya memikirkan diri mereka sahaja. Dan ramai dari kita hari ini tidak sepakat. Pemikiran kita masih lagi di takuk lama. Sifat kritik mengkritik memang dah jadi budaya kita. Jika kita Tanya..pada rakan2 mari kita buat Koperasi mereka akan Tanya satu soalan lazim apa Koperasi boleh kasi pada kita? Apa faedahnya? Dan macam-macam lagi cuba kita lihat pada bangsa lain…mereka kebanyakan nya berfikiran positif demi meningkatkan sosio ekonomi bangsa mereka. Kita tak usah lihat jauh contohnya di Kampong saya di Perak beberapa tahun yang lalu satu persatuan bangsa asing sudah mampu membina bangunanya sendiri dengan tampa mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan. Tapi orang kampong saya dari dulu hingga sekarang tak ada bangunan nya sendiri. So apa yang nak kita banggakan? Bangsa lain dah ada bangunan mereka sendiri.

Kesimpulan
Syukur Alhamdulilah penulis menginap di daerah Bdr. Baru Bangi. dan menjadi ahli KOBANGI sekarang kami boleh berbangga dan boleh katakan pada anak cucu kami inilah perjuangan yang ibu bapa mereka buat untuk bangsa kita. Kita seorang diri tak mampu nak miliki hartanah bernilai ½ juta ..atau berjuta ringgit tapi dengan cara modal terkumpul kita dapat memilikinya.

Menurut pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Dr Tajul Ariffin beliau menyatakan pada permulaan penubuhan KOBANGI memang sukar. Saya masih ingat pada ketika itu kami hendak kumpulkan dana untuk projek pertama beli rumah kedai 3 tingkat ketika itu memang sukar. Atas kerja keras dan kesabaran AJK PPBBB kami akhirnya berjaya mengumpul dana melalui syer ahli2 KOBANGI. Lihatlah sehingga kini pun kami baru ada 295 orang ahli KOBANGI. Yang penduduknya berpuluh ribu tapi ahli KOBANGI hanya 295 orang ,ini adalah realitinya tak perlu berpuluh ribu tapi hanya beratus saje yang komited kita sekarang berjaya miliki 4 buah hartanah komersial dan setiap tahun kami dapat 10% dividen yang dividen nya tiga kali lebih dari simpanan di BANK.

Saya berdoa agar apa yang saya cadangkan beberapa tahun yang lalu pada persatuan berkenaan dapat di relisasikan. Semoga mereka ini bersatu hati demi kebaikan semua. Amin…

No comments:

Post a Comment