Malaysian Amateur Radio News

Thursday, July 7, 2011

CW DI HAPUSKAN.....

Berita terkini CW di hapuskan......
Apakah impaknya kepada warga ham dinegara kita???
Sudah pastinya ada yang tersenyum lebar.....

Apa yang ingin penulis ceritakan disini bukan lah pasal CW Di Hapuskan sebenarnya lebih dari itu.....Ikuti tulisan saya seterusnya....Baca sampai habis....janganlah baca sepintas lalu....sahaja. Percayalah jika anda tidak membacanya sampai habis...maka tidak ada kesannya pada anda...

Beberapa tahun yang lalu penulis terima berbagai komplian berkaitan beberapa perkara. Apa yang penulis lihat ialah……kita harus melihat…..Radio Amatur….adalah satu hobi yang di dalam nya mempunyai berbagai ilmu…

Ramai diantara Radio Amatur pada hari ini mengangap…yang membezakan Kelas A dan Kelas B hanyalah CW sahaja…..tak ada apa pun maksudnya tak ada apa yang hebat sangat pasal CW dan Kelas A……memang benar apa yang mereka katakan ….yang membezakan KELAS A hanyalah CW sahaja…..

Namun jika anda terliti atau anda telah convert dari 9Ws ke 9Ms Mereka yang benar-benar sebagai seorang radio amatur akan faham apa yang membezakan nya…..Ini kalau kita ambil dari prespektif Ham Yang Tulin…..Haaaa nampaknya…ada pula ham yang tulin dan ham yang tiruan…..Sebenarnya untuk menjadi seorang Radio Amatur bukan lah sekadar lulus ujian RAE dan CW dengan sekelip mata mereka semua tau itu dan ini…Sebenarnya kita harus melalui proses pembelajaran. Untuk menjadi seoranmg HAM yang “TULIN” (Real Ham) Bukan nya HAM yang “PEN DRIVE” Dan kalau anda amati bukan semua 9M yang lulus ujian CW tahu semua perkara…

Ada antara Ham 9Ws tidak puas hati mengapa mereka tidak boleh transmit di 80m /40m / 30m/ 20m/ 17m/15m & 12m....9Ws hanya di benarkan Tx di 10m….

Dan ada juga yang penulis dapat tahu ada 9Ws yang upgrade ke 9Ms dipulau oleh rakan2 mereka yang masih lagi dengan 9Ws….Mengapa jadi begini? Ini lah Genarasi yang ada pada hari ini....mereka sebenar nya tidak bersyukur atas apa mereka kecapi pada hari ini. Mengapa penulis katakan demikian ini kerana kalau anda semua pelajari “Sejarah” sejak bila ujudnya Kelas B....maka 9Ws tidak akan katakan itu dan ini....mereka akan belajar dan teruskan kehadapan menjadi Ham yang hebat.....dan bukannya komplain mengapa mereka tidak boleh TX macam mana 9M boleh.....

Mari kita bawa diri kita semua ke tahun 90han....Katakan lah kita sekarang ini berada di tahun 1996 dan katakan lah kita telah lulus ujian RAE pada tahun 1995....Tahukah anda jika anda lulus ujian RAE anda masih lagi sebagai seorang SWL.... Anda langsung tidak boleh TX di mana-mana frequency....Bayangkan ianya berlaku
pada diri anda ketika ini....

Nah ...Sekarang mari kita bayang kan kita berada di tahun 2005...
Anda lulus ujian RAE....wah....sudah hebat...anda boleh apply AA kelas B...dan anda dapat satu Callsign 9Ws....Dengan rasa sungguh bangga anda akan beritau semua rakan2 anda termasuk kaum keluarga anda......yang anda telah mempunyai Callsign...

Ini lah nikmat yang anda semua kecapi pada tahun 2005 akan tetapi mengapa ada yang masih tidak berpuas hati dan merungut itu dan ini.....??? mengapa anda tidak bersyukur atas apa yang ada pada diri anda????

Nah mari kita bawa diri kita ketahun 2011 pula.....Ini yang best ....yang penulis nak beri tau....sekarang ini lagi hebat tak perlu ambil ujian RAE ada setengah dari SWL berdaftar dengan persatuan Radio Dua Hala....dan satelah itu mereka ini di beri Callsign dan sekarang dengan bangga nya anda kata aku dah boleh TX di VHF....dengan tampa amik ujian RAE tak perlu pening-pening kepala baca buku...buat apa susah-susah amik ujian RAE.....

Lagi nikmat tampa susah payah ambil exam anda sudah boleh TX....dimana-mana.. Di kereta...di rumah...di tempat2 awam dll....

Mungkin ada antara kita mengatakan eeelaahhhhh jealous lah tuuu tak boleh tengok kita senang.....Apa yang ingin penulis sampaikan ialah kita harus mencari dan buat kajian ...sejarah amat penting...dan jika kita tau dari mana asal kita....maka tidak ujud pertikayan. Dan jika kita banyak bersyukur maka akan barakah lah hidup kita.....namun berapa ramai antara kita pada hari ini yang mendalami perkara ini....banyak antara Radio Ham pada hari ini tidak faham apa dia definasi ‘SWL” dan apa dia definasi “Radio Amatur”...

Maka tidak hairanlah pada hari ini ujud berbagai perkara yang pelik dan buat orang awam keliru .......Ini kerana kita mempunyai Ham yang kualiti nya sudah menurun....Ham yang tidak cukup ILMU....

Kita semua harus bersyukur hari ini ada internet....kedai2 buku bersepah....ebook pun ada Audio Book pun ada ..malas baca muat turun dgn guna iphone anda boleh belajar.dan anda juga boleh dekati Ham yang benar2 Tulin ....Internet sudah ada ini semua tidak berlaku pada tahun 1995.....


Teknologi semakin cangih...namun amat malang ramai antara radio ham pada hari ini tidak mau menggunakan plateform yang betul untuk pelajari ILMU yang ada di dalam Radio Amatur............Mengapa ini berlaku....ini kerana “sikap” kita sendiri... Satu perkara lagi ramai diantara kita tidak boleh di tegur ..... ...jika di tegur melenting lah mereka ini....jika kita ingin menjadi manusia hebat maka balik lah kepada Dua perkara itulah pedoman hidup kita....Namun maaf saya katakan disini ramai dari kita sudah lupa, dari mana asal kita....jika kita renungkan dan mahasabah diri baru lah kita tahu siapakah diri kita ini.........

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.



Penulis ingin ingatkan dirinya dan rakan-rakan semua marilah kita semua sama-sama bersyukur atas nikmat yang kita kecapi hari ini.




Penulis ingin lihat bangsa kita mempunyai akhlak yang terpuji manusia yang luar biasa dan hebat dengan membuat “Tranfer of Knowledge, Skill, and Experience” Rakyat berilmu Negara maju…..


Maaf utk 9W2WWW saya menghadapi masalah utk jawab komen anda... untuk anda sila baca apa yang saya tulis sebelum ini di http://advanced-skynet.blogspot.com/2010/05/debat-cw.html
sebenarnya saya berada di dalam working group berkenaan bukan semua 9Ms tak setuju bahkan 9Ws pun tak setuju...yang pelik lagi bila kita sarankan supaya 9Ws boleh bekerja di 40M ...
9Ws dan 9Ms yg upgrade from 9Ws pun tyak setuju supaya 9Ws di beri kelongaran untuk bekerja di 40M...and mcmc pun confuse !!! jika saudara baca tulisan saya lagi di bawah tajuk lain anda akan faham....yes sebut pasal WRC2003 penulis sebenarnya terlibat dalam working group utk WRC2003 kami start buat paper work pada tahun 2001 lagi utk persediaan ke WRC2003...ini hanyalah sejarah....yang mungkin ramai yang tidak tahu....apa yang penulis ingin sampaikan disini ialah kita semua harus "bersyukur" atas apa yang kita kecapi....Allah telah berjanji jika kamu bersyukur aku akan tambah lagi...penulis bukan berniat untuk menjatuhkan sesiapa pun ...penulis memohon ribuan kemaafan jika sekiranya penyampayan nya tidak menetapi kehendak mana-mana pihak. Saperti kata penulis apa yang ingin di sampaikan ialah tentang kita semua harus belajar "Bersyukur" itu saje......


Salam untuk saudara Nik,……sebenarnya tiada niat di hati penulis untuk beremosi tentang CW
cuba lihat di peringan kedua penulis katakan.... "Apa yang ingin penulis ceritakan disini bukan lah pasal CW Di Hapuskan sebenarnya lebih dari itu."....  dan tiada niat penulis untuk meminta dipuji pun…Dan penulis tak layak pun menerima apa2 pujian. Apa yang penulis ingin sampaikan hanya sekadar memberi pendapat. Saperti juga anda dan rakan2 yang lain. Semua orang di beri hak untuk memberi pendapat…pendapat yang diberikan adalah berbentuk ilmiah bukan nya emosi…namun oleh kerana penulis bukanlah seorang penulis yang professional ayat yang digunakan tidak menepati sipembaca…itu sebabnya di akhir dalam jawapan kepada komen 9W2WWW penulis katakan “penulis memohon ribuan kemaafan jika sekiranya penyampayan nya tidak menetapi kehendak mana-mana pihak. Saperti kata penulis apa yang ingin di sampaikan ialah tentang kita semua harus belajar "Bersyukur" itu saje...... Pada pendapat penulis sejarah amat penting…..dan saperti yang penulis nyatakan “Tajuknya saje Catching” tapi apa yang hendak disampaikan bukanlah tentang CW. Ianya hanyalah berkaitan “Kesyukuran” itu saje  harap En.. Nik faham sekarang apakah message yang hendak disampaikan, jika sekiranya segala tulisan saya itu membuat anda kurang selesa maka penulis memohon ribuan kemaafan. Kalau cerita pasal CW sila baca di bawah tajuk “Debat CW” http://advanced-skynet.blogspot.com/2010/05/debat-cw.html Itupun kalau saudara ingin membacanya, kami tidak mau dipuji apa yang ingin disampaikan hanyalah sekadar bahan sejarah. Kerana penulis menghadapi berbagai kesulitan untuk mendapatkan bahan2 tulisan. Oleh yang demikian penulis rasa perlu ada satu tempat untuk ditulis sebab kita disini buat masa ini tidak ada Majalah Ham Radio ,Journal atau tempat untuk kita nyatakan fakta2 sejarah.

Yang baik itu datangnya dari Allah yang tidak sempurna dan tak baik itu datang dari saya sendiri.
Akhir kata sekali lagi saya memohon ribuan kemaafan kepada anda dan rakan2 semua jika sekiranya apa yang saya tulis ini menguris perasaan anda semua.

5 comments:

  1. Benar! Beza Kelas A & B hanyalah pada peruntukan frekuensi. Memiliki 9M tidak bermakna dia mahir dan pemilik 9W bukanlah "kelas bawahan". 9M pun manusia biasa dan tidak semuanya mahir. Ada yang hanya terkenal kerana sticker d kereta, tetapi ada yang hebat kerana memenuhi DXcluster.

    Kenapa merungut tak dapat memancar di HF sedangkan 10m masih HF dan tidak disentuh? Jika tidak mampu mengeluarkan kos untuk antenna/radio 10m.. tentunya anda juga tidak mampu untuk 160-12m yang memerlukan antenna lagi besar biayanya.

    "Setakat VHF manalah dapat DX station"? Ham luar negara memaksimumkan pengguna 144-148Mhz. Rasanya kalau rajin tiada masalah mengetuk pintu negara jiran dengan VHF. Bagaimana dengan satelit? Lagi mudah untuk stesen DX!

    my 2 cents [saya pun 9W saja]

    ReplyDelete
  2. CW tidak mungkin terhapus.. Hanya Ujian CW sahaja yang dimansuhkan, itu pun menrealisasikan dan mengikut dalam apa yang telah di tulis oleh SKMM pada mukasurat 10 di dalam Guidelines For Amateur Radio in Malaysia 2004. Dan ini juga selari dengan saranan dari IARU WRC03.

    Band allocation untuk CW masih ada dan saya percaya CW masih ada peminatnya. CW hanyalah salah satu dari banyak lagi mod pemancaran komunikasi dan menjadi sebahagian dari sejarah Radio Amatur.

    Tulin atau tak tulin semangat amatur radio itu tidak di ukur dengan CW dan saya amat bersetuju ianya pada proses pembelajaran, ilmu, kajian dan ujian yang telah di jalankan oleh pengiat hobi ini.

    Dengan lambakan 9W semenjak tahun 2004, ramai semakin melupakan sejarah dan jasa para 9M lama yang telah berusaha untuk mendapatkan satu kelas baru iaitu 9W.

    Penceritaan sejarah untuk mengenang zaman susah senang pada tahun 1995 itu amat bagus untuk menaikkan semangat jika di ceritakan dengan ayat yang betul dan keadaan yang sesuai.
    Apa yang saya nampak dan lihat, penceritaan sejarah itu tidak disampaikan dengan baik oleh sebahagian 9M dan ianya lebih berbentuk ancaman kepada sebahagian para 9W yang ingin maju kehadapan kerana 9M beranggapan yang 9W iri hati dengan apa yang 9M boleh kendalikan.

    Majoriti 9M tidak bersetuju semasa forum membahaskan pemansuhan ujian CW diadakan oleh SKMM tidak lama dahulu. Ramai 9M yang tidak dapat menerima 9W boleh sesenang itu mengendalikan band yang lain. Majoriti 9M mengunakan penceritaan sejarah zaman susah bersulam dengan pemikiran negatif tanpa memikirkan bahawa pemansuhan ujian CW ada kebaikannya. Bukan 9W yang irihati tetapi 9M yang akan irihati kerana 9W boleh ke band yang lain kalau pemansuhan ujian CW.

    Untuk pengetahuan penulis, bukan 9W yang minta memansuhan ujian CW tetapi SKMM yang telah menyatakan didalam garis panduan, kami 9W cuma minta buat apa yang tertulis bak kata pepatah “Tidak orang tidak lah kita”.. dan bukan berlaku di Malaysia sahaja.

    Retoriknya tidak semua Ham bersetuju bahawa Kelas apa pun kita jika Ham adalah sama darjatnya.. maka setiap Ham harus di berikan peluang untuk sama-sama dalam menikmati hobi ini dengan mengenepikan isu emosi.

    Ini adalah penceritaan sejarah dari sebelah pihak yang patut didengari oleh semua supaya umum dapat tahu apa yang terpendam dan tersirat.
    Saya amat bersyukur jika ada pemansuhan ujian CW ini dan berharap akan mendapat tunjuk ajar dari para 9M yang berilmu supaya Radio Amatur di Malaysia bertambah mutu dan boleh merealisasikan “Transfer of Knowledge, Skill, and Experience” Rakyat berilmu Negara maju…..

    DE 9W2WWW

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pendapat 9w2wwww, usahlah beremosi dengan hanya cw di hapuskan, negara lain dah lama hapuskan sejak 2003 lagi lalu saudara pun menerangkan yang anda pun terlibat (apa tujuan??) rasa saya tak lain dari minta di puji dan di puji selalu. Ini pun saya tak setuju, mengulang-ngulang peristiwa silam sudah tak sesuai lagi di masa ini. Setahu saya negara yang masih mengekalkan ujian cw ini hanyalah negara-negara komunis dan negara membangun, negara maju dah lama buang ujian cw ni, jadi dimana kedudukan negara Malaysia bukankah Malaysia ni negara maju. Tak ada ruginya hapuskan cw tu dan tak ada apa untungnya mengekalkan ujian cw tu, cw hanyalah salah satu jenis mode modulasi sama seperti AM, FM, SSB, siapa suka guna cw gunalah... lalu mengapa harus di paksa seseorang menggunakan mode yang tidak di sukainya. Apa-apa pun syabas di ucapkan kepada MCMC sekiranya benar ujian CW dihapuskan kerana ini membuktikan yang Malaysia setanding dengan England, Singapore, USA, Holland, France dan lalin-lain negara dalam menentukan dasar arahtuju Radio Amateur di Malaysia. Maaf zahir batin. 9w2nr (dah lebih 15 tahun 9W2)

    ReplyDelete
  4. Salam untuk anda l4ndlord ya penulis setuju dgn pendapat anda. Namun saperti apa yang penulis katakan apa yang di tuliskan bukan lah berkaitan CW di Hapuskan tapi massage yg hendak disampaikan ialah tentang "Kesyukuran"

    ReplyDelete
  5. Kepada Semua pembaca yang budiman jika anda rasa apa yang berlaku pada hari ini tidak mengikut zaman anda sebenarnya ada pilihan kearah itu, jika anda inginkan pembahruan eloklah buat sesuatu. Duduk berbincang dan buatlah sesuatu untuk kebaikan semua pihak....

    ReplyDelete