Malaysian Amateur Radio News

Sunday, June 12, 2011

PERJUMPAAN "SWL"


Idea untuk perjumpaan “SWL” ini di buat oleh 9W2TZ. Beberapa bulan yang lalu beliau meminta saya dapat mengumpulkan beberapa orang yang berminat dengan “SWL”.

Pada 11/6/2011 yang lalu perjumpaan pertama diadakan. Lebih kurang 11 orang hadir dalam perjumpaan ini terdapat 6 orang darinya memiliki AA Kelas A sementara 4 orang pula memiliki AA kelas B dan seorang SWL.

Ada antaranya tak dapat hadir pada tarikh tersebut disebabkan “family commitment”. Rupa-rupanya ramai dari 9M2xx yang ingin menyertai perjumpaan ini. Penulis juga ada menghubungi SWL yang mereka ini tidak berminat mengambil ujian RAE namun mereka2 ini telah lama dibidang ini mungkin mereka2 ini telah lama buat monitoring dari penulis kerana umur mereka ini lebih dari penulis…… Kita tunggu nanti bulan hadapan penulis percaya lebih ramai akan turut serta dalam perjumpaan “SWL” yang akan diadakan nanti pada bulan JULY 2011.

Sebenarnya “SWL” lebih menarik dari transmitting…..percayalah jika anda bertanyakan perkara ini kepada ham yang otai2 contohnya…9M2FK, 9M2SX, 9M2PZ, 9M2OK, 9M2FX, 9M2ST, 9M2RI, 9M2RS, 9M2MZ, 9M2RB, 9M2RJ, 9M2NZ , 9M2PV,9M2KM, 9M2HC,dll mereka akan setuju dengan pendapat penulis. Kenapa kita katakan ianya menarik. Banyak ilmu yang kita perolehi melalui pendengaran….. Ham yang otai2 ini melalui proses yang lama untuk mendapat Lesen Radio Amatur oleh yang demikian mereka lebih terdedah kepada penggunaan “Radio Shortwave” untuk menerima pancaran Gelombang Pendek (“Short Wave”)dan Sederhana.(“Medium Wave”) sehingga kini masih ramai dari mereka ini buat “monitoring” on HF.

“SWL” ini amat luas topiknya……
Selain dari kita mendengar setesyen “Radio Broadcast” dari luar negara kita juga dapat monitor HAM dan juga radio utility. Apakah dia utility radio? Contoh Utility radio adalah pancaran-pancaran radio komunikasi yang digunakan oleh pihak beruniform di luar Negara dll, dan kita juga dapat mendengar pilot berhubung dengan ATCC (“Air Trafic Control Center”) dan ada antara SWL yang gemar monitor digital communication di HF. Ada antaranya menggunakan modem disambungkan ke alat penerima dan ada antaranya menggunakan “Winradio” dll

Untuk pengetahuan anda semua ketika ini sambil menulis saya ketika ini juga sedang mendengar siaran Radio Broadcast iaitu “VOA” Voice of America di frequency 9.500 Mhz jam 1245 UTC .

Perjumpaan kali kedua mungkin akan diadakan pada hari Sabtu 16 July 2011 jam 1400hrs Perjumpaan ini terbuka kepada semua. Kepada mereka yang berminat untuk menyertainya sila hubungi penulis melalui email: satellite_991@yahoo.com

    Ini lah Radio yang pertama digunakan penulis ketika SWL dahulu
    Jenama; RCA  Model AR88

2 comments:

  1. Salam,

    idea yang bagus. saya berminat. tapi kalau boleh kena maklumkan terlebih awal. takut ada yang tak tau.

    SWLing memang best. terutama on digital modes. saya tidak pernah melihat RCA model AR88.

    setakat ini communication receiver yang pernah saya guna adalah

    http://www.rfspace.com/RFSPACE/SDR-14.html

    http://www.universal-radio.com/catalog/commrxvr/1545.html

    http://www.icomamerica.com/en/products/pcr2500/

    kalau boleh, utk next meetup saya harap anda boleh bawa seberapa banyak receiver utk dipamerkan.

    ReplyDelete
  2. http://www.shortwaveradio.com/

    ReplyDelete