Malaysian Amateur Radio News

Saturday, February 12, 2011

KEMANA HALA TUJU RADIO AMATUR DI MALAYSIA?



Kalau kita lihat setiap negeri ada persatuan nya sendiri. Ini suatu yang sama sekali tidak berlaku 20 tahun yang lalu. Ini suatu perkembangan yang baik. Penulis berpendapat Ada dua Persatuan yang besar dan berpengaruh ketika ini. Yang semua kalangan radio amatur tanah air tahu. Yang pertama mengatakan merekalah satu-satu persatuan Radio Amatur  yang di iktiraf oleh IARU sementara yang satu lagi memperjuangkan bangsa dan mempunyai pengaruh yang kuat dipelusuk negara.


Apakah peranan/fungsi persatuan-persatuan ini? Persatuan yang berpengaruh ini harus mengambil inisiatif kearah menjaga hak-hak  kepentingan Radio Amatur. Jika sekiranya pihak tertinggi persataun tidak mengambil langkah-langkah kearah sesuatu yang konkrik bagi menyuarakan sesuatu ke pihak tertentu atau SKMM maka masa depan Radio Amatur di Negara kita akan pudar. Tugas persatuan-persatuan ini adalah sebagai mewakili Pengemar Radio Amatur membantu kita semua menyuarakan sesuatu bagi kesejahteraan dan kebaikan ahli-ahli radio amatur. Lain-lain persatuan adalah di anggap kecil dimata SKMM dan semuanya menjalankan aktiviti secara "stereo" type, ada persatuan yang fungsi nya bukan saperti yang penulis sebutkan diatas.  Persatuan ini  mempunyai hala tuju dan objektif yang tersendiri iaitu fokus mereka kepada sesuatu yang berbeza dari persatuan lain dan  juga mereka ini merencanakan suatu "event" yang berbentuk luar biasa. 

Jika individu menyuarakan sesuatu ke pihak pentadbiran. Mungkin ianya tidak diambil perhatian. Jika persatuan lain ..selain dari  yang penulis sebutkan diatas  membuat  sesuatu cadangan kearah kebaikan Radio Amatur ianya tidak mendapat layanan…ini jelas terbukti. Ini bukan cakap-cakap kosong. Amat malang sekali …dan amat kecewa jika dipikirkan…..siapa yang rugi disini…..kita semua. Namun apakan daya ini lah realitinya..... menjadi mangsa adalah kita semua. Mereka-mereka ini sibuk dengan “repeater”, Field Day, Fox Hunting, Majlis Makan, Mega Eye Ball , Expidisi Dxing, Hamfest dll. Aktiviti saperti ini perlu diadakan namun jangan lupa tanggung jawab Persatuan ini  adalah lebih besar dari itu.
   
Cukai untuk “Transceiver”di hapuskan pada tahun  1995/1996 sebelum SKMM lagi dan pada ketika itu kita hanya perlu membeli borang Kastam yang harga nya Cuma RM1.00 sahaja tidak ada kos2 lain dikenakan. Namun sungguh malang dan sia-sia sahaja kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang veteran di MARTS satu ketika dulu, dimana pada hari ini sungguhpun kita tidak perlu membayar cukai barangan namun pihak SIRIM mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM60 hingga ke RM180.00

Apa yang perlu dilakukan oleh dua persatuan yang besar ini? Yang satu mengatakan kamilah satu-satunya persatuan yang diiktiraf oleh IARU dan satu lagi mempunyai jumlah ahli yang paling banyak. 

1. Baru-baru ini ada persatuan yang mengemas kini "list"   jenis transceiver yang sudah lapuk itu. Ini satu tindakan yang baik dan harus diberi kepujian. Saya mewakili ham seluruh Negara mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka ini. Pada pendapat penulis adalah lebih baik persatuan berkenaan memohon terus kepada pihak kementerian supaya dihapuskan semua Fees dan mencadangkan hanya yuran RM5 ATAU RM10 sahaja dikenakan bagi perkhidmatan yang diberikan. Alat Komunikasi  tersebut adalah barang kawalan walaupun cukai nya telah dihapuskan namun perlu ada kawalan. Mungkin kita boleh mencadangkan agar dalam borang AP berkenaan di lampirkan salinan AA dan Kad Pengenalan sahaja dan bayaran yang minima sebanyak RM5 /RM10 atau kurang  dari itu, dengan ini ia tidak membebankan pengguna radio amatur. Dan yang paling pelik antenna dan "duplexer" pun kena AP...... 

Orang veteran di MARTS dahulu telah melakukan tugas mereka antaranya membolehkan Radio Amatur menggunakan peralatan Radio Amatur pada Mobile , Mengujudkan Lesen Kelas B, menghapuskan cukai untuk  “Transceiver” . Kita harus berterima kasih kepada mereka ini tampa mereka kita tidak akan kecapi apa yang ada pada hari ini. Dan tak akan ujud Lesen kelas B yang ada pada hari ini. Sekarang adalah masa nya kita buat sesuatu. Persatuan harus memohon di hapuskan cukai kepada ANTENNA, ROTATOR, LINEAR AMP, ATU,   Aksesori Radio Amatur dll.

2. Ada satu  band perlu di pohon untuk “experimental” saperti yang dilakukan oleh Negara-negara di Eropah, Amerika dan lain-lain lagi. Ini penting kerana jika 40 meter dan 80 meter band tidak boleh berhubung maka band yang di pohon itu adalah satu lagi pilihan ianya baik untuk kegunaan ketika bencana untuk perhubungan jarak 500Km ke 1,000KM.   
    Apakah band nya? Jawapan nya 60 meter band.


3. Callsign Allocation perlu diperbetulkan contohnya 9M4 (angka 4) bukanlah untuk repeater atau club station atau untuk alokasi lesen yang baharu atau "special event station" akan tetapi ianya adalah untuk “CALL AREA” maksudnya angka salepas prefix adalah untuk negeri/state ini yang di praktikan oleh negara2 luar.
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa beberapa tahun yang lalu namun tidak mendapat perhatian sehingga kesaat ini.

4. Fees RM 60 untuk AA harus dihapuskan. Yuran AA kelas A & B perlu dikaji semuala ini kerana di US dan UK Lesen Radio Amatur adalah PERCUMA tak dikenakan apa-apa bayaran.
        Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa beberapa tahun 
            yang lalu namun tidak mendapat  perhatian sehingga kesaat ini.
      
5. Permohonan AA bagi warga-warga asing perlu di permudahkan        Kerana penulis pernah bertanya pada warga-warga asing yang datang dari UK dll. mereka mengatakan sukar bagi mereka 
mendapat AA. Perkara ini perlu mendapat perhatian kerana terdapat berbagai "red tape". 


6. Isu berkaitan Kelas B di beri peluang untuk bekerja di 80M dan 40M band telah di utarakan oleh pihak tertentu sedikit masa  lalu sehingga kini belum selesai.    
Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak berkuasa pada tahun 2007
            yang lalu namun tidak mendapat  perhatian sehingga kesaat ini.

Perkara diatas perlu mendapat perhatian persatuan-persatuan Radio Amatur yang berpengaruh di Negara kita. Kita harus peka dengan apa yang berlaku di luar sana. Ada banyak perkara yang harus di buat bukan hanya sekadar buat Field Day, Dxing, Fox Hunting, Contesting dan lain-lain lagi…itu semua harus di teruskan tapi jangan lupa perkara-perkara yang besar harus juga di ketengahkan  di pihak pentadbiran persatuan harus ada yang melihat perkara-perkara terkini apa yang berlaku di dunia Radio Amatur. Apa yang harus kita fikirkan  ialah bukanya menyalahkan mana-mana pihak semua kita tidak lari dari kesilapan namun kita harus perbaiki kelemahan yang sedia ada.

Harus ada jawatankuasa tertinggi memikirkan tentang dasar dan polisi dan kemana hala tuju Radio Amatur  negara kita. Apakah kita hanya menunggu apa yang di hidangkan atau kita sendiri yang merencana dengan resepi-resepi yang baru sesuai dengan kehendak zaman dan waktu. Semua persatuan harus ada kesepakatan dalam membendung isu yang berkaitan dengan Polisi Radio Amatur.

Semua kita tahu Radio Amatur bukanlah hobi dijalanan. Ilmu  yang ada di dalam Radio Amatur amat besar nilainya. Sayang dan amat malang jika ada individu mengatakan Radio Amatur ini hanyalah hobi main-main radio.  Penulis menyeru kepada mereka-mereka yang di beri amanah dan yang bertanggung jawab harus bangun…bangun lah dari tidur anda. Janganlah kita hanya pandai menceritakan perkara-perkara begini di kedai-kedai kopi, egroup, Facebook sahaja lakukan lah sesuatu demi kebaikan semua pihak. Ayuh mari kita semua bersatu kearah satu matlamat hentikan lah dengan memberi alasan…ayuh bangunlah lakukan sesuatu dan seterusnya bekerja kearah mendapatkan keputusan dan bukan nya mencari alasan….


Penulis tiada niat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Penulis hanya ingin menyuarakan pendapat, pandangan dan idea kearah kebaikan kita semua. Akhir kata penulis memohon ribuan kemaafan jika penulisan  ini menyinggung perasaan anda. Yang baik itu dari Ilahi yang tidak baik itu adalah kelemahan penulis sendiri......

8 comments:

  1. Dicadangkan supaya diujudkan satu badan penasihat yg terdiri daripada persatuan-persatuan ham diseluruh malaysia yg mana anggotanya mestilah mempunyai ilmu dan pengalaman bagi memberi idea atau buah fikiran untuk hala tuju yg lebih baik.

    Idea atau buah fikiran yg dicadangkan mestilah berunsur untuk memajukan lagi hobi ini bukanya memberi kepentingan pada individu sahaja.

    ReplyDelete
  2. 9M2RDX Satu cadangan yang baik....terima kasih atas cadangan saudara. Seingat saya cadangan saperti ini telah diutarakan pada tahun 2008. Sementara tahun 2005 kita telah highligt isu berkaitan had umur utk ujian RAE iaitu 9 tahun...Hal berkaitan AP, CW diturunkan speed ke 5wpm dll namun semuanya tinggal kenangan......Harap mereka2 yang mengepalai persatuan yang disebutkan mmeneruskan perjuangan kita...

    ReplyDelete
  3. Syabas FTDX400 tentang cukai dan hala tuju ham...dalam blog ...sepatutnya kita semua bersatu untuk mendapatkan pengecualian bayaran fee dan lain2. Ini tidak asyik nak tubuhkan persatuan lepas satu2 persatuan yang di wujudkan...saya bukan kata tak bagus...tapi perlualah ada agenda yang sama serta hala tuju yang betul...saya mohon copy artikel tuan dalam blog saya tq

    ReplyDelete
  4. Mohd terima kasih atas komen anda. Saya bersetuju dengan pendapat anda...silakan copy artikel ini....supaya ianya memberi manafaat pada kita semua.

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas sumbangan ide anda ini. Saya rasa ianya kearah kebaikkan bersama warga ham. Sudah masa kita bersatu mengutarakan isu isu daripada melakukannya secara persendirian. Yang penting, pihak komitte kelab kelab yg unggul ini dapat duduk semeja dan mengenepikan personal isu dan agenda untuk kebaikkan dunia ham malaysia.

    9w2tdi

    ReplyDelete
  6. Terima kasih saudara Adnan...sebenarnya pihak kami telah mengutarakan perkara2 diatas ke pihak pentadbiran namun ianya tidak mendapat perhatian mungkin kita ini hanya ikan bilis...he he he

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, semua perkara yang disebutkan oleh penulis dan tindakan yang penulis laksanakan tidak berhasil, namun saya terfikir bagaimanakah kita semua perlu bertindak supaya terlaksananya perkara ynag tersebut seperti yang diharapkan oleh penulis dan kita semua sebagai rakan ham. 9w2dhi 73.

    ReplyDelete
  8. Selagi pejabat SKMM tak terbakar, selagi tak ada pertumpahan darah petunjuk perasaan jalanan, selagi itu lah SKMM akan goyang telur dan staff staff main facebook di opis, jalan2 habiskan bajet tahunan, buat majlis majlis menggunakan duit rakyat, akhir sekali duit rakyat juga di sapu lagi untuk kepentingan apa entah lah. Ini setahun 2 kali buat RAE? WTF???.... oversea buat sebulan 2 kali... siap boleh walk in lagi pergi... dah la tu RAE sebelah malam di mana yang nak ambik exam tak perlu ambik cuti. Ini setahun dua kali... cam pundek... buat keje lembab... ada sesiapa yang tak setuju? kalau tak setuju elok berambus duduk oversea.

    ReplyDelete