Malaysian Amateur Radio News

Thursday, May 6, 2010

9Ws Can Go On 40Meter (7Mhz) ????





7Mhz...Nak Operate USB atau LSB ?
7 Mhz Dekat mana pula bahagian CW/Digital/Phone?

Semalam penulis menerima email dari pihak berkuasa berkaitan "Draft reviewed Spectrum Plan" (mySpectrum Plan 2010) Apa yang menarik ada lah di 'Anex 5- TECHNICAL SPECIFICATIONS" di muka surat 256 draft berkenaan.

Tercatit disini Class B
7.000 - 7.200
28.000 - 29.700
50.000 - 54.000
144.000 - 148.000
430.000 - 440.000

Penulis menerima beberapa panggilan dari 9Ms dan 9Ws dan juga sms.
Purata 9Ws menyambut baik tentang perkara ini. Dan ramai juga 9Ws
yang sudah upgrade ke 9Ms yang tidak bersetuju...dan ada juga yang setuju
dengan perkara diatas.......


Kesimpulan
Pada pendapat penulis sebelum seseorang itu layak menggunakan band yang dicadangkan perlulah diadakan seminar Asas kepenggunaan HF. Dan perlu ada pengawalan dan pengawasan ini bagi mangawal mutu kepenggunaan ruangan tersebut. Kita perlu ada satu "Standard" jika tidak ia akan menjadi bahan ketawa rakan2 di luar negara. 

Tidak dinafikan disini ada juga ramai dari 9W's yang telah operate di 10 meters. Mereka ini hebat-hebat belaka. Anda boleh belajar dari mereka2 ini. 

Penutup
Apa2 pun kita harus menyambut baik apa-apa cadangan yang dikemukan walaubagaimanapun kita harus melihat dari prepektif yg positif...
Sebenarnya perkara ini telah lama di usulkan iaitu pada Feb 2005...ini bukan perkara baru. Ini baru berkaitan Spectrum ada banyak perkara lagi yang diusulkan semuanya dibuat secara rasmi bukan nya dibincangkan melalui egroup atau di warung-warung kopi, dll

Walaubagaimanapun kita menyambut baik Draft yang dikemukakan oleh pihak SKMM semoga perkara-perkara lain yang dibentangkan mendapat perhatian segera.....Syabas diucapkan kepada pihak SKMM.
Updated 0113UTC 08052010

9 comments:

  1. alangkah bagusnya jikalau diselitkan 20m sekali.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita sekadar mengharapkan sesuatu yang lebih baik dengan hanya memberi pendapat melalui ruangan egroup saya rasa ianya tak mencukupi. Harus dibuat kertas kerja dan hantar terus kepada pihak yang berwajib..mungkin dengan tindakan begini barulah perkara tersebut boleh direalisasikan........

    ReplyDelete
  3. setuju. perlu kerjasama dari semua untuk menjayakannya. mungkin ada idea yang lebih bagus dari org lain. comment template telah diberi oleh skmm.

    http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=594

    ReplyDelete
  4. Pak Aziz saya copy letak di blog v66 dan forum saya ..

    Saya setuju kalau di adakan seminar untuk upgrade class pancaran supaya dapat kemahiran dan tidak main terjah aja nanti.. di hf band.

    ReplyDelete
  5. Silakan.....sebenarnya telah lama saya usulkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Yang penting di sini ialah cara perlaksanaan nya. Jika diadakan seminar perlulah diberikan kepada mereka yang berpengalaman dibidang ini.....

    ReplyDelete
  6. kalau diberi pilihan, saya akan pilih 9m2au utk memberikan taklimat seminar kepenggunaan HF.

    ReplyDelete
  7. Tima Kasih saudara PJU.....Sebenarnya saya masih lagi baru dibidang ini ada org yang lebeih Veteran lagi saperti 9M2SS, 9M2RI, 9M2FX,9M2PV, 9M2GJ, 9M2RS, 9M2EF, 9M2AR, 9M2RB,9M2FF sayang sekali sifu saya 9M2GL sudah pergi meninggalkan kita ilmu yang ada pada beliau amat banyak kita semua kehilangan beliau saya selalu discuss berkaitan teknikal dgn beliau. Approach beliau dgn anak2 muda sangat disukai dan disengani oleh semua pihak.....saya ini boleh di kira pelapis baru...Bagi saje kepada orang2 yang lebih layak. Saya kira ilmu yang ada pada saya belum mencukupi lagi.

    ReplyDelete
  8. cadangan yang bagus nak bawa ke pihak skmm tapi sebelum ni dah banyak cadangan dan teguran dah diberi tapi kelihatan takde apa-apa tindakan. kelihatan ham di malaysia ni seolah-olah kelas kedua. mungkin disebabkan tumpuan lebih diberikan kepada sektor lain yang menjana keuntungan yang besar untuk skmm. jangan lupa di sampingkan perjuangan memansuhkan ujian cw, minta skmm dapat membenarkan pengimportan peralatan bagi membina sistem digital untuk data. kita dah terlalu jauh ketinggalan dibandingkan dengan negara maju. tq..

    ReplyDelete
  9. Salam utk anda Mus...pada pendapat saya apa yang berlaku pada masa ini ada beberapa faktor...
    1. Mereka tidak melihat Ham sabagai penyumbang kepada ekonomi negara.
    2. Sikap orang yang diamanahkan melakukan sesuatu pekerjaan.
    3. Untuk mengubahkan sesuatu perkara bukan nya mudah dan bukan juga imposible.

    Untuk perjuangan memansuhkan CW kita kena lihat ke akar umbi. Adakah kita ini layak utk mengecapi di seluruh jalur Amatur. Sekiranya 40m dan 80m dibuka kepada 9Ws ini suatu yg sudah baik kerana ini memberi peluang kepada mereka2 yg berminat utk ke HF. Kalaulah dibuka kesmuanya...cuba kita tanya di mana 17M band? dll...
    15M band dari freq apa ke freq apa ..di mana cw/digital and telephony portion? Kita harus melalui proses pembelajaran...takut nanti kita di ketawakan oleh org luar....
    Mengenai hal peimportan memang sudah di ketengahkan kepada persatuan2 di Tanah air...namun kita lihat lah siapa yang tampil kehadapan membuat sesuatu..
    Kalau kita hanya sekadar becerita di kedai kopi maka perkara ini tidak akan terlaksana...kita hanya boleh bersuara....dan suara kita harus melalui proses tertentu
    Tima kasih atas maklum balas anda....Ini hanya pendapat sy....

    ReplyDelete