Malaysian Amateur Radio News

Friday, December 11, 2009

9Ws Vs 9Ms

Adakah 9Ms Sombong?
Ada di antara ...9Ws pada hari ini mengatakan bahawa 9Ms kebanyakan nya sombong...
Mungkin apa yang dimaksudkan oleh mereka ialah 9Ms ini jarang berada di 2 meter ...simplex atau di repeater 2 meter. Mungkin ada kebenaran nya saya sendiri jarang berada d 2 meter repeater atau simplex. Akan tetapi ada di antara 9Ws menyatakan bahawa...kebanyakan 9Ms hidup bersendiri tampa mahu berkawan dengan 9Ws.... ada kah ini benar...???

Saya ingin ceritakan sesuatu di sini semasa saya SWL di akhir tahun 70han ..Saya banyak berkawan dengan 9Ms yang veteran yang jarak umur mereka dgn saya boleh di panggil abang, pakcik dan atuk....namun saya dapati tiada apa2 masalah untuk saya berhubung dengan mereka ini. Kerana apa yang saya lakukan ialah saya sentiasa menghormati mereka2 9Ms ini saperti Cikgu saya...kerana pada ketika itu saya perlukan bimbingan mereka dan setiap kali ada JOTA atau Field Day saya sentiasa tidak melepaskan peluang ini. Kerana Field Day dan Jota adalah training ground untuk saya mereka2 ini semua nya tidak sombong. Jika sekiranya mereka menegur saya ...saya menerima dengan positif. Dan belajar dari kesilapan....Saya SWL selama berbelas tahun maklom sajelah walaupun pada ketika itu kita telah lulus RAE namun oleh kerana ketika itu tiada lesen kelas B maka pergerakan kami amat terhad kami hanya boleh QSO di HF dan 2 meter semasa ada Field Day, dan JOTA sahaja atau pergi kerumah rakan2 Ham ...

Semasa saya SWL saya bergiat aktif dengan aktiviti2 Field Day dan tidak mengasingkan diri saya dari 9Ms mereka ini saya anggap sebagai kawan radio ham...walaupun jarak usia antara saya dan mereka ini boleh di panggil abang, pakcik dan ada yang boleh di panggil Atuk... Pada ketika itu apa yang ada di fikiran saya ialah belajar dari otai2 yang telah lama dalam bidang ini dan saya sentiasa menghormati mereke-mereka ini. Saya tidak nafikan ada di antara 9Ms yang kurang melayan kehendak saya. Namun saya tidak pula menjauhkan diri dari mereka kerana saya menghormati mereka dari segi usia dan juga dari segi pengalaman yang ada pada mereka. Dan saya juga tidak melebel mereka yang segelintir ini sebagai sombong. Pada saya mengkin oleh kerana usia saya ketika itu terlalu muda dan mungkin mereka kurang selesa bila bersama dengan orang muda saperti saya. Namun oleh kerana bila ada apa2 aktiviti saya sentiasa mendekati mereka2 ini lama kelamaan kita sudah bermesra....bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

SWL Vs 9Ms
Ingin saya ceritakan sesuatu yang berlaku pada saya semasa SWL. Semasa saya SWL saya selalu pergi ke Ipoh ke rumah abang saya di Ipoh pula jika ada kelapangan saya akan pergi ke rumah Pak Bahar 9M2SB saya akan kerumah beliau pada waktu petang kerana pada ketika itu banyak station2 Ham akan keudara di 40 meter iaitu di 7.040MHZ setiap petang. Saya selalu berqso di rumah 9M2SB dengan rakan Ham saperti Dato Tan 9M2DW, 9M2RS, 9M2AR,9M2GL, 9M2RB, 9M2ZA, 9M2FK, 9M2FR,9M2EG, 9M2FZ,9M2BG,9M2RJ,9M2HF,9M2OK,9M2GV, dll. kebetulan pada tahun 1984 saya on Job Training di Setesyen Janakuasa Letrik Teluk Ewa Pulau Langkawi. Sebelum saya berangkat kesana saya sempat memberitahu Pak Rahman 9M2AR yang saya akan ke Langkawi dan saya memberitahu pada Pak Rahman kalau ada masa datanglah ke Pulau Langkawi sebab saya berada di Setesyen Janakuasa Teluk Ewa Langkawi. Saya sepatutnya berada di sana selama 3 bulan namun saya pendekkannya menjadi 2 bulan 1/2 saya balik awal kebetulan semasa saya balik ke Taiping Cikgu Rahman 9M2AR datang mencari saya di Pulau Langkawi. Sebenarnya kami tidak pernah bertemu kami hanya bertemu melalui udara sahaja itu pun terhad bila saya ke Ipoh baru saya boleh operate dari rumah Pak Bahar 9M2SB kerana ketika itu saya masih lagi SWL. Cuba anda fikir-fikirkan bagaimana Cikgu Rahman 9M2AR sanggup datang ke Langkawi untuk berjumpa dengan saya. Sepatutnya saya yang datang berjumpa dengan 9M2AR namun beliau sendiri yang datang berjumpa dengan saya....kenapa????? Cuba anda cari sendiri jawapan nya...apa yang ada pada saya ketika itu saya hanyalah seorang SWL saya tidak mempunyai callsign pun...tapi mengapa beliau 9M2AR sanggup datang dari Alor Setar ke Pulau Langkawi.....mengapa ini berlaku???? Cuba anda cari jawapan sendiri...
Untuk pengetahuan anda saya rasa begitu terharu sekali apabila dapat tahu Cikgu Rahman pergi ke Langkawi mencari saya yang pada ketika itu saya sudah pulang Ke Taiping kampung halaman saya. Untuk pengetahuan anda semasa saya mendapat Callsign di lewat tahun 80han...saya sentisa berQSO dengan 9M2AR, 9M2SB,9M2FK,9M2GL,9M2RS,9M2DW,9M2LC,9M2SB,9M2DW, 9M2CO, 9M2DS, 9M2LS, 9M2WW, 9M2WT , 9M2GW,9M2JL, 9M2FZ, 9M2TA, 9M2BG, 9M2RF, 9M2ZA,9M2PN,9V1OK, 9V1XW, dll....untuk pengetahuan anda saya hanya dapat eyeball QSO pertama kali dengan Cikgu Rahman di tahun 2002....anda bayang kan kita selalu berhubung di udara namum saya hanya berkesempatan menemui beliau pada tahun 2002 sahaja...

Perhubungan
Apa yang ingin saya ceritakan disini ialah kita jangan sekali-kali melebal 9M yang lama sombong dan sebagainya.. kita harus sentiasa menziarahi mereka ini. Dan bermesra dengan mereka mungkin pada hari pertama kita menemui mereka, mungkin mereka ini sentiasa mengatakan ini tak boleh itu tak boleh ....walaubagaimanapun kita yang terlalu muda dalam hobi ini harus menerima hakikat ini. ...Mungkin apa yang dinyatakan oleh otai2 ini ada kebenarannya...dan mungkin juga tidak oleh yang demikian kita harus sentiasa menghubungi mereka melalui eyebal atau cara lain dan sentiasalah bertanya khabar satelah beberapa kali berhubung barulah ada kemesraan pada ketika itu barulah kita boleh menilai mereka-mereka ini. Satu perkara lagi jangan kita dengar kata2 dari mulut2 rakan2 kita....kita harus periksa dahulu ada kah benar apa yang dikatankan oleh rakan2 kita mengenai sipulan dan sipulan.

Kebenaran
Apa yang saya lihat di sini kita mudah melebelkan atau menghukum sesuatu yang tidak baik pada sesorang atau sesuatu persatuan dengan tidak usul periksa...dan kita hanya menerima bulat2 apa yang diucapkan oleh pihak2 tertentu. Kita harus mencari kebenaran baru lah kita boleh menerima apa yang dikatan oleh mana-mana individu.

Pada pendapat saya apa yang berlaku pada hari ini ialah ramai diantara anak muda pada hari ini tidak ”Respect” atau mengormati orang yang lebih tua dari kita oleh yang demikian kita mudah terpikat dengan perkara2 yang nagatif...
Kenapa pada tahun 2008 yang lalu saya mengusul pada beberapa 9Ws di adakan ARRD...
Tujuan nya adalah untuk menyatukan 9Ms, 9Ws dan SWL duduk di satu bumbung kita adalah pengemar Radio Amatur....kita cerita tentang Radio Amatur kita tidak mencerikaan perkara2 yang tidak baik tetang individu2 Radio Amatur dan kita juga tidak menceritakan tentang persatun atau Kelab apa yang kita ketengahkan ialah mengumpulkan seluruh Anggota Radio Amatur seluruh negara... Mengapa ada Radio Amatur dari German, Australia,Jepun, Singapura yang sanggup datang ke Port Dickson mereka datang kesini adalah untuk menemui rakan2 Ham dan bertukar2 pendapat tentang Radio Amatur. Jika Radio Amatur dari Jepun, Australia,German dan Singapura sanggup datang ke Port Dickson pada saya tidak ada sebab orang dari Malaysia tidak boleh hadir dalam ARRD ini...Bagi saya bukan suatu perkara yang mudah untuk mengumpulkan 9Ms, 9Ws ,SWL dan menjemput rakan2 ham dari lebih2 lagi disini kita mempunyai berbagai persatuan dan kelab yang memiliki berbagai ideologi.....namun alhamdulilah kita berjaya melakukan nya. Ini adalah pertama kali dalam sejarah Radio Amatur di Malaysia di ada kan ARRD (Amateur Radio Reunion Day)

Menghormati
Disini saya ingin menasihati rakan ham yang ada pada hari ini baik yang lama atau yang baru marilah kita sama-sama menghormati sesama sendiri. Jika anda rasa 9Ms ada yang sombong mungkin peratusnya terlalu sedikit atau boleh kita kira 1 atau 2...tapi cuba anda bersabar cuba ketemu meraka buatlah majlis2 tertentu jemput lah mereka jika mereka tidak mahu datang atau sudah uzur...pergi menjemput mereka...dan bawa mereka bersama dalam majlis tersebut cuba jangan berpolitik kita cerita tentang radio amatur sahaja. Jika mereka yang lama ini tidak mahu hadir di majlis rasmi maka pakat lah dua tiga orang pergilah menzirahi mereka saya percaya 9Ms ini akan gembira dengan kedatangan anda menziarahi mereka. Dan sentiasalah menghubungi mereka dan bertanya khabar. Saya percaya jika sekiranya kita bersifat terbuka dan sentiasa menghormati mereka ini. Sudah pasti salepas itu kita akan menyatakan sebenarnya mereka ini tidak sombong....dengan kata lain cara kita melayan mereka harus mengikut cita rasa mereka. Bak kata pepatah melayu walau seburuk mana bapa atau ibu kita. Mereka tetap ibu dan bapa kita, kita harus menghormati mereka kerana tampa mereka kita tidak akan lahir ke muka bumi ini. Fikir firkan lah.............

Penutup
Ini berdasarkan pengalaman saya selama berbelas tahun dalam SWL. Dan sudah berpuluh tahun dalam Radio Amatur. Sehingga kesaat ini saya masih lagi berhubung dengan orang2 lama saperti Pak Eshee 9M2FK, 9M2RS, 9M2FX, 9M2PT, 9M2RJ, 9M2AR, 9M2OK, 9M2SB, 9M2DX, 9M2NZ,9M2BL,9M2RI, 9M2NZ, 9M2PV, 9M2CE, 9M2PV, 9M2CM, 9M2KK, 9M2ZA, 9M2GJ dll. Walaupun ada ketika nya saya bertangkar sesuatu tentang isu Radio Amatur namum itu hanyalah perbezaan pendapat namun kami berdebat secara profesional namun kami tidak pula bertegur sapa salepas itu atau bermusuh sesama sendiri...bagi kami Radio Amatur adalah suatu hobi yang unik yang membentuk insan kearah kemantapan ilmu dan menghormati satu sama lain kami tetap berhubung sesama sendiri. Oleh yang demikian saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan2 ham tak kira SWL, 9Ms atau 9Ws marilah kita sama-sama menghormati sesama sendiri dan sentisalah kita bertolak ansur dalam menangani sesuatu isu. Marilah kita lupakan apa yang telah berlaku yang salah kita maafkan dan marilah sama-sama kita perbetulkan. Yang penting kita harus Respect/Menghormati mereka2 yang lebih tua dari kita dan berpengalaman. Saya nyatakan disini ada antara 9Ws yang hebat dari segi Ilmu nya namun perbezaan antara 9Ms dan 9Ws hanyalah pengalaman. Akhirkata semoga kita semua bersatu atas nama Radio Amatur ........

6 comments:

  1. Terima kasih atas informasi,pada saya sebagai orang baru yang berkecimpung dalam radio amatur ni...tak sepatutnya kita melebelkan orang lama ni sombong.kalau nak tau cubalah bertegur sapa dulu

    ReplyDelete
  2. Akum.

    Masalahnya bukan sombong atau menyombong. Terkadang tiada sifat merendah diri. Perbedaan 9m dan 9W hanyalah frequency privillage sahaja. Memanglah, terkadang tu sikap manusia. Saya anak tanya anda mengapa kompetensi dari Suruhanjaya Tenaga tidak seperti mereka yang ada kompetensi dari suruhanjaya komunikasi. Anda pun ada, saya pun ada, tapi kita tak pernah menghadapi masalah seperti ini. Mungkin agaaknya lidah itu tidak bertulang dan umpama pedang kut....

    Sayaa aa juga meembuat sedikit kajian dan hasilnya saya dapati berhubungkait dengan taraf pendidikan seseorang. Samada 9M atau 9W kita boleh lihat tindaktanduk mereka dan kita dapat menilai taraf pendidikan mereka dan bagaimana corak atau ego mereka.

    Saya setuju dengan pandangan tuan dan inilah masanya kita bangkit bersama merapatkan jurang tinggalan orang-orang lama tu. Kita katakan saja kalau nak memancar dengan julat yang banyak, jom abbil morse test. ham is for everybody, from the grassroot to the royal family. Semua orang boleh jadi ham. Boleh share the knowledge. TQ 9w2lud@gmail.com.

    Jiz.. den tongah belajar buat blog. Belum siap lai 9w2lud.blogspot.com.
    Ko punye dah cantik.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa betul pendapat itu. Bukan kerana 9M2s jarang di 2meter kerana 9W2s pun tak ramai yang yang bercakap di 2meter walaupun jumlah mereka mencecah 10,000 orang. Tapi sombong yang di maksudkan itu dari segi bila bersembang atau semasa mengeluarkan pendapat yang di sertai sama 9W2s. Contoh yang jelas bila dicadangkan pelupusan syarat lulus ujian CW untuk menggunakan gelombang HF akan jelas kedenganran kesombongan mereka (9M2s). Walaupun semua negara di dunia telah menghapuskan syarat tersebut hatta negara Bosnia yang baru di tubuhkan pun menghapuskan syarat tersebut, yang tinggal kini cumalah negara-negara komunis, negara membangun termasuk Malaysia yang masih mengekalkan syarat tersebut. Dan tak tahulah sampai bila MCMC akan mengekalkan syarat ini mungkin sampai kiamat kot, kenapa jadi begini kerana kesombongan dikalangan 9M2s dan satu dua pegawai MCMC yang tidak berfikiran terbuka masih dok ingat zaman dulu-dulu. Saya pernah terdengar komen veteran di udara bilamana diberitahu kepadanya yang MCMC bercadang nak benarkan 9W2s menggunakan gelombang 7MHZ, komen dia LANTAK lah mcmc tak tau apa-apa, biarlah tak ramai ham dekat HF pun janji ada kualiti mungkin macam dia kot (berkualiti konon) ini menunjukan kesombongan dan tidak setuju tentang cadangan itu . Itulah sombong namanya. Begitu juga dengan 9W2s yangmana semasa dia memeganng lesen B lain komen dia pasal CW tapi bila dia diluluskan walaupun dengan cara yang tidak halal dan praktikal dan mendapat 9M2, lain pula komen dia agar MCMC mengekalkan syarat lulus CW baru boleh gunakan gelombang HF. Itu sombong namanya. Dan dalam HAM Radio kita tak boleh sombong kerana ham radio kita kena ada kawan untuk ber`qso` sebab hobi ham radio ni tak boleh bercakap seorang-seorang itu gila namanya. Jadi tak hairanlah di Malaysia walaupun berjuta ada lesen B, repeater tetap sunyi sepi kenapa? kerana bila `on air` sahaja akan adalah mereka yang sombong-sombong ini bersedia untuk menempelak. Saya secara peribadi tak nampak sangat perkembangan ham radio di Malaysia, cuma mungkin yang berkembang hanyalah pemegang lesen yang diam, persatuan radio yang banyak dan masing-masing persatuan iri hati satu sama lain tapi bukan untuk mencari jalan macamana nak yakinkan MCMC bahawa CW patut di hapuskan sama seperti negara-negara lain terutama mengikut jejak langkah negara England yang telah memperkenalkan HAM RADIO ke TANAH MELAYU ini.Terima Kasih 73

    ReplyDelete
  4. Menjawab persoalan dikemukan oleh saudara Daus. Sebenarnya kita harus bicarakan perkara ini mengikut ilmiah bukan membicarakan mengikut perasaan dan emosi. Kita harus menggunakan ilmu dan berhujah mengikut akal yang dianugerahkan oleh Ilahi.
    Saperti yang saya sebutkan mungkin ada 1 ...2 yang benar2 sombong. Dan bilangan ini amat kecil.
    Apa yang ingin saya ketegahkan ialah bagaimana kita mengangai masalah bukan nya tujuan saya menimbulkan masalah. Kita harus berfikiran terbukan...untuk pengetahuan kita semua Ham Radio bukanlah hobi ber QSO semata-mata ini yang saya katakan banyak kalangan Ham Radio pada hari ini tidak faham apa itu Amateur Radio. Cuba kita sama-sama baca definasi Amateur Radio dalam "ITU" "IARU" dan MCMC dan fahamkan apa yang dimaksudkan dengan Ham Radio. Ada kalangan Ham Radio mengatakan ini hanyalah hobi. Hobi main-main radio. Isu anda mungkin banyak tertumpu kepada CW sebenarnya ada banyak bende yang perlu kita lihat scope Amateur Radio ini luas sekarang ini hanya ada lebih kurang 7,000 pemegang AA di Malaysia saya tak tau lah apa akan jadi jika sekiranya nya ia mencecah 1 juta orang. Soalnya sekarang dalam hal ehwal Amatur Radio pihak yang berwajib lah yang bertanggung jawab dan Persatuan2 yang ada pada hari ini harus tampil kehadapan dan bekerja sama dalam menangani sesuatu isu....

    ReplyDelete
  5. Maulud...Den setuju bonar dengan apa yang Jang katakan tuuu kita dengan suruhanjaya Tenaga tak ado maslah...ramai yang memiliki sijil kompetan...he he he. Mengenai Ham pula dulu tak donyo cam como kebolakangan ni sajo yang jadi cam ni. Seingat Den bondo ni terjadi masa tahun 2001 sebelum ni tak do cam ni jadi kita harap-harapkan semoga ianya akan kembali saperti dulu tu .....

    ReplyDelete
  6. Mohamad Noor betul tu cuba kita kenali mereka ni dulu dan kita duduk berbica dan dengarkan pengalaman dia orang dan cuba belajar dari mereka2 ini yang tak baik tu kita tinggalkan kita amik yang baik2.....

    ReplyDelete