Malaysian Amateur Radio News

Wednesday, September 17, 2008

BAGAIMANA MEMBUAT ADUAN DAN MENDAPAT JAWAPAN YANG BAIK

Kita adalah pengguna kita harus tahu serba sedikit mengenai hak kita sebagai pengguna.
Apabila pengguna menghadapi masalah contohnya membeli barangan letrik yang rosak...kerosakan jalan, lampu isyarat, perkhidmatan tidak baik dll.
Hari ini rata-rata ramai pengguna tidak tahu bagaimana membuat aduan. Kebanyakan dari kita hari ini mengadu di tempat yang salah. Ada yang membuat rungutan di yahoo group ada yang cadang ini dan itu ada pula yang tidak puas hati berbincang sesama sendiri. Adakah dengan cara
ini akan menyelsaikan masalah?
Sebagai satu contoh.....Hari Raya akan menjelang tidak lama lagi. Perkara ini selalu kedengaran dimana bila saje kita balik dari bercuti di hari-hari perayaan kita akan lihat sampah-sampah bersepah diatas jalan raya ditaman-taman perumahan. Sisuami akan komplain pada si-isteri apalah Majlis Daerah buat...sampah tak dipungut...dan bertabur disana sini...dia orang ini buat kerja apa? Duit kita dia orang pungut....tapi tengok lah balik dari beraya kat taman kita ni bersepah sampah diatas jalan raya. Tiap kali si-suami akan complian pada isterinya sambil membawa kereta ketempat kerja. Persoalan disini adakah dengan mengadu perkara ini pada
si-isteri akan menyelsaikan masalah.......silap haribulan suami isteri akan bergaduh........
Apa yang sepatutnya sisuami buat ialah mengadu perkara tersebut ke pihak berkuasa tempatan. Melalui telefon atau terus ke pejabat pihak berkuasa tempatan. Ini cara yang terbaik
iaitu kita membuat aduan ditempat yang betul.
Belajar dari kesilapan.
Kes Pertama
1. Saya pernah tinggal di Flat Keramat Jaya bersama dgn abang saudara pada tahun 1987 pada ketika itu tidak ada telefon di kediaman kita. Yang ada hanya 4 pondok telefon sahaja di kawasan Flat berkenaan. Yang peliknya "Trunking" sudah terpasang dirumah falt berkenaan akan tetapi tiada pendawaian telefon dibuat mengikut kata abang saudara saya dia mengatakan trunking tersebut sudah lama dipasang. Apa yang saya buat suatu hari saya menghantar sepucuk surat kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang meminta pertolongan mereka. Alhamdulilah selang se minggu saya menerima sepucuk surat dari CAP mereka mengadu perkara ini kepada Syarikat Telekom Malaysia... Selang beberapa minggu kemudian pihak telekom mengutus surat kepada saya. Tiga bulan selepas itu pihak Syarikat Telekom membuat pendawaian dan pemasangan telefon kerumah kediaman berkenaan.......
Kes Kedua
2.Melalui pengalaman pengarang pernah membuat aduan dengan pihak berkuasa tempatan. Perkara ini berlaku disekitar tahun 1995. Pada suatu hari didapati "Monson Drain" dibelakang rumah pengarang tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan baik apabila hujan lebat airnya hampir melimpah keluar...kedalaman air dalam "Monson Drain" ini ialah 15 kaki......oleh yang demikian atas sikap keperihatinan pengarang dikuatiri banjir atau takut anak-anak jiran jatuh kedalam "Monson Drain" berkenaan. Semasa hujan lebat pengarang merakamkan beberapa gambar dimana ketika itu air longkang berkenaan hampir melimpah. Pengarang kemudian membuat surat aduan dilampirkan bersama gambar-gambar yang diambil dan terus di hantar ke pihak berkuasa tempatan. Selama 6 bulan tiada apa-apa tindakan di ambil salepas itu pengarang menghantar salinan surat aduan yang pertama tadi ke Setiausaha Kerajaan Negeri. Untuk pengetahuan pembaca dalam masa seminggu surat tersebut dihantar ke pejabat setiausaha kerajaan negeri barulah ada tindakan...dimana pihak berkuasa menghantar kontraktor untuk membersihkan "Monson Drain" yang tersumbat itu. Maka selesailah masalah
yang kami hadapi.
Selang 4 tahun kemudian perkara yang sama berlaku "Monson Drain" berkenaan sekali lagi menghadapi masaalah...kejadian yang sama berulang kembali. Kali ini saya tidak membuat ape-ape aduan ini kerana saya telah melakukan perkara tersebut dimasa yang lalu kali ini saya berharap agar ianya dilakukan oleh jiran-jiran yang lain. Namun tiada siapa yang buat aduan pada suatu hari saya masih ingat lagi di hari Sabtu hujan turun dengan lebat sekali dan apa yang terjadi ialah air "Monson Drain" berkenaan melimpah keluar dan menyebabkan banjir !!!! Hah puas hati saya.....biar semua orang kena.....sebab masing-masing mengharapkan seseorang yang buat aduan tapi tak seorang pun membuat aduan.....macam cerita saya tadi lah masing2 komplain tak kena tempat......Tapi nasib baik tak setruk mana banjir berkenaan ia nya masuk kedalam rumah saya setinggi 2 inchi...tapi nasib baik hujan reda...kalau hujan turun lagi mungkin banjir berkenaan akan naik berapa kaki saya tak tahu.
Pada keesokan hari nya saperti biasa saya mengarang sepucuk surat. Pada hari Isnin pagi-pagi lagi saya sudah berada di kaunter mengadu di Majlis Perbandaran.......kerani yang bertugas dikauter berkenaan menyuruh saya mengisi borang, beliau menghulurkan borang yang dimaksudkan, saya kemudian menyatakan pada beliau "...Saya rasa saya tak perlu mengisi borang ini...lalu saya menghulurkan sekeping surat bersama salinannya sekali yang saya siapkan semalam....lalu saya menyuruh kerani berkenaan Cop kan salinan surat yg saya berikan sebagai bukti surat tersebut diterima oleh Pihak Majlis Perbandaran. Satelah beliau Copkan surat berkenaan. Saya pun terus berlalu dari tempat tersebut. Tuan-tuan hendaka tahu Hari Isnin jam 9.00am saya membuat aduan pada Hari Rabu datang sekumpulan pekerja mereka terus membersihkan "Monson Drain" berkenaan.
Persoalan nya mengapa pada kejadian pertama mangambil masa lebih dari 6 bulan untuk melakukannya...dan kenapa pada kejadian kedua hanya mengambil masa 3 Hari? Jawapannya mudah....masa kejadian pertama cara saya membuat pengaduan saperti berikut...Saya mengarang 3 muka surat kemudian disertakan dengan gambar. Itu sahaja. Kejadian kedua cara saya buat aduan lain sedikit.... saya hanya mengarang satu muka surat tapi kali ini saya buat c.c kepada.....1.Setiausaha Kerajaan Negeri. 2.Badan Pencegah Rasuah 3.Biro Pengaduan Awam.......Itu sahaja. Dalam tempoh 3 hari kes saya selesai......Mudah kan.
Dari pengalaman saya, cara yang terbaik untuk membuat aduan adalah surat aduan perlu dicatitkan perkara berikut:
1. Tarikh . No Rujukan surat.
2. Penerangan ringkas dan padat mengenai aduan.
3. Surat yang di hantar Perlu ada salinan kepada atau (c.c)Biro Pengaduan Awam/FOMCA /
dan Jabatan atau Kementerian yang menyelia sesuatu jabatan. mengikut jenis2 aduan.
4. Perlu disimpan salinan surat aduan.
5. Yang paling baik surat aduan tersebut dihantar dengan tangan dan salinan surat berkeaan
di chop oleh Jabatan atau Kementerian dan tarikh penerimaan.
Berikut adalah senarai alamat kementerian atau jabatan yang perlu tuan-tuan tahu.
Pengurusi
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor
Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Block E4/5 Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan
62668 Putrajaya
Tel: 03-8883 6000Fax: 03-8889 3712e-mail : webmaster@ktak.gov.my
Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Block B1, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
FOMCA
NO:10-1 Bangunan SKPPK
Jalan SS9A/17
47300 Petaling Jaya
Selangor
Consumers Association Of Penang
10 Jalan Masjid Negeri
11600 Pulau Pinang
Penutup
Saya telah banyak kali membuat aduan kepada pihak2 kerajaan dan banyak perkara yang telah selasai...antara nya ialah:
Kementerian Tenaga Air Dan Komunikasi
Kementerian Kesihatan
Telekom Malaysia
Pihak Berkuasa Tempatan dll.
Janganlah takut untuk membuat aduan kita harus tahu hak kita sebagai seorang pengguna.Dan adulah di tempat yang sesuai. Kita harus bertindak kita janganlah membiarkan sahaja orang lain membuat aduan dipihak kita. Sepatut kita harus tampil kehadapan dan bertanggung jawab kepada diri kita dan keluarga kita. Yang kedua sekurang-kurang nya kita telah membantu rakan-rakan atau jiran kita yang lain melalui aduan yang kita buat..ada ketika nya dengan aduan yang kita buat dan tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab membantu menyelamatkan nyawa orang lain. Fikir-fikirkan lah.......

No comments:

Post a Comment