Malaysian Amateur Radio News

Wednesday, August 13, 2008

KEMANA HALA TUJU KITA SATELAH 56 TAHUN BERTAPAK?

IN 1978~1984 USING THIS OLD JUNK FOR MONITORING HF AR88 BY RCA
THIS IS WHAT WE CALLED BOAT ANCHORS ! STILL IN RUNNING CONDITION...
Mengapa ada di antara kita yang berpandangan cetek. Tujuan saya menulis bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak ataupun melumpuhkan semangat kita semua. Harus diingat kita harus bangun dan cari jalan penyelsayan dan bukan nya kita lari dari masalah.....

Ramai diantara kita hari ini yang hanya pandai bercakap diwarung-warung kopi atau berbisik-bisik sesama rakan dibelakang tabir namun hakikatnya adakah dengan bercakap diwarung-warung kopi segala-galanya dapat diselsaikan. Kita banyak membuat komplian melalui rakan-rakan kita melalui perjumpaan "eyeball qso"...iaitu perjumpaan yang tidak rasmi. Adakah dengan melakukan demikian kita dapat selsaikan masalah yang kita semua hadapi.?

Saya menulis disini bukan saje cakap-cakap kosong atau cakap-cakap di warung-warung kopi. Kami telah memberi berbagai cadangan dan usul. Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan apa yang pihak kami lakukan namun hakikatnya kita telah cuba melakukan nya dengan cara yang terbaik, sudah berbagai cara yang kami lakukan melalui surat rasmi dan juga melalui perjumpaan rasmi dengan pihak berkuasa dll. Kita harap ada rakan-rakan kita yang lain tampil kehadapan melakukan sesuatu yang produktif.

Apa yang kita semua harus buat adalah bersatu dan cuba cari jalan untuk kita semua maju kehadapan. Walaupun ada setengah pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza namun perlu ada beberapa organisasi berganding bahu dan buat sesuatu untuk kebaikan semua pihak. Saya sedia menerima apa-apa teguran atau pandangan YANG MEMBINA SILAKAN JIKA ANDA ADA SEBARANG KOMEN..............

No comments:

Post a Comment