Malaysian Amateur Radio News

Saturday, April 26, 2008

Khasiat Yang Ada Pada Garam, Kurma, Kismis Dan Madu





Garam
Mestilah dicicip sebelum menjamah makanan lain. Saidina Ali (r.a) telah berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menyuruhnya memulakan menjamah makanan dengan garam dan menyudahkannya juga dengan garam. Ini adalah kerana Allah (s.w.t) telah menjadikan garam itu penyembuh untuk tujuh puluh jenis penyakit. Termasuk kedalam tujuh puluh jenis penyakit itu ialah sawan, sakit gigi, gila dan penyakit dalam usus. Yang lainnya tersimpan dalam ilmu Allah Yang Maha Luas.

Ada juga petua dari seorang rakan. Beliau mengalami batuk-batuk dan gatal tekak beliau pergi berjumpa doktor satelah seminggu mangambil ubat batuk beliau tidak juga sembuh di minggu kedua beliau berjumpa lagi seorang doktor tidak juga sembuh pada minggu ketiga beliau berjumpa dengan seorang rakan kenalan beliau yang juga seorang doktor. Doktor tersebut menyaran begini... untuk menghilangkan sakit tekak atau batuk-batuk. Semasa hendak pergi tidur letakan sedikit garam kedalam mulut biarkannya larut bersama air liur dan terus tidur....Insya Allah dalam masa tiga hari tekak anda tiada rasa gatal-gatal dan batuk anda akan hilang. Selamat mencuba.


KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".


MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

No comments:

Post a Comment