"Jauhi Ta'sub"
Terimalah kebenaran dari mana sekalipun,
asalkan dari sumber yang betul.....
Maulana Asri Yussof
Malaysian Amateur Radio News
▼
Tuesday, March 31, 2015
Sunday, March 29, 2015
Misi Lawatan ke UTARA 28-29 Mac 2015
SABTU 28/3/2015
Pada …24/3/15….penulis mendapat berita 9W2TZ telah dimasukan ke CCU hospital Sultanah…Alor Setar Oleh kerana penulis sibuk dengan tugasan di Johor. Oleh yang demikian penulis tidak dapat pergi menziarahi beliau. Dan dalam masa yang sama mendapat berita pula kematian isteri kepada rakan kami 9M2AR (Cikgu Rahman)
Pada hari Rabu penulis menghubungi 9M2RS dan memberi cadangan agar kami sama-sama pergi melawati rakan2 yang terlantar di Wad dan juga menziarahi 9M2AR yang baru kehilangan xyl. Pada hari Sabtu jam 0830hrs 9M2RS, 9M2RJ, 9M2NZ dan 9M2AU terus menghala ke Utara.
Perjalanan kami terus ke utara, dalam perjalanan kami singgah sebentar di R&R Tapah…..dan salepas itu terus ke Alor Setar. Banyak perkara yang kami bincangkan semasa dalam perjalanan ke sana……
Di Hospital Alor Setar......bersama 9W2TZ,9M2RJ,9M2RS....
Oleh kerana kenderaan agak banyak di lebuh raya. Kami sampai di Hospital Alor Setar lebih kurang jam 1400hrs. Kami terus menemui 9W2TZ di wad CCU hospital Alor Setar. Beliau sangat gembira apabila kami berada di dalam wad tersebut..Pada mula nya beliau agak emosional sedikit dan rasa amat terharu dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama yang turun dari Kuala Lumpur. Beberapa minit selepas itu beliau di lihat begitu ceria sekali…beliau mula berbual dan menceritakan kisah2 lama…..
Kami meninggalkan Hospital Alor Setar dan menginap di sebuah home stay di Taman Koparasi Alor Setar, Home Stay tersebut besar dan luas mempunyai 4 bilik. Satelah kami berehat pada jam 2015hrs kami terus ke rumah 9M2AR beliau baru sahaja kehilangan XYL. Tujuan kami ke utara juga bagi menziarahi beliau. Yang kebetulan sudah bertahun penulis dan rakan2 yang lain tidak eyeball QSO bersama beliau. Masing2 cerita kisah2 lama. Jam 2130hrs kami semua beredar dari QTH beliau. Satelah itu kami singgah di Medan Selera yang letaknya berdekatan dengan Giant.
9M2AR, 9M2NZ, 9M2RJ & 9M2RS
Ahad 29/3/2015
Pada keesokan harinya JAM 0930hrs kami mencari kedai makan untuk sarapan pagi. Oleh kerana kami bukan orang tempatan agak sukar juga untuk mencari kedai makan di waktu pagi. Kerana kebanyakan kedai yang kami temui hanya menyediakan Nasi berlauk…akhir sekali kami temuilah kedai mamak…dan pekena roti canai.
Lebih kurang jam 1030 kami terus menuju ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan kami singgah di Kepala Batas menemui 9M2BR (PAK MAT) kami semua mengenali beliau sebagai Buck Roger. Beliau amat gembira yang kami menzirahi beliau dan XYL beliau. Lebih kurang jam 1130 kami terus berlepas ke Pulau Pinang.
9M2BR, 9M2RS,9M2NZ, 9M2RJ
“The Silent Station……”(9M2FK)
Kami ke Pualau Pinang adalah untuk menziarahi PAK Eshee 9M2FK…kami terus menuju ke Pulau Tikus. Sampai di rumah beliau jam 1230hrs di sambut oleh XYL beliau. Eshee sebenarnya mengalami stroke sudah 4 tahun beliau berkedaan demikian. Kami rasa amat sedih melihatkan kedaaan beliau. Untuk info Pak Eshee adalah antara Ham yang veteren di Malaysia beliau adalah antara orang yang pertama yang mencetuskan SEANET Convention pada tahun 70han dan beliau juga sangat aktif mengendalikan Field Day…JOTA dan lain-lain lagi. Teringat penulis pada tahun 1990 di mana beliau mengendalikan Fied Day di Teluk Bahang Pulau Pinang dimana kami dari KL turun kesana dan perkara yang tak dapat saya lupakan ketika itu Rahim-9M2HA yang pada ketika itu masih lagi SWL turun kesana juga bersama xyl beliau. Untuk pengetahuan Rahim adalah seoarang yang cacat penglihatan. Beliau adalah antara OKU yang cacat penglihatan yang kedua di Malaysia yang mempunyai Lesen Kelas A mungkin di sekitar tahun 1994/95.
"The silent station" (9M2FK Shack)
Kami sempat bergambar bersama Pak Eshee…Beliau telah banyak menyumbangkan tenaga dan Ilmu beliau adalah antara orang yang lama berkhidmat sebagai Bendahari MARTS. Dan terlibat dengan berbagai aktiviti antara nya ialah DXpedition di Spratley Island pada tahun 1993. Apa yang ingin penulis sampaikan disini adalah keadaan ekonomi keluarga berkenaan seorang anak beliau masih menuntut di sebuah Universiti tempatan dan Pak Eshee pula tidak boleh makan melalui mulut beliau hanya di beri susu yang khas. Oleh yang demikian jika sesiapa yang ingin menghulurkan bantun silalah membantu keluarga ini. Usia Pak Eshee ketika ini ialah 88 tahun....
Keadaan Pak Eshee ketika lawatan kami, amat sedih...beliau tidak mampu lagi berQSO.....
Keadaan Pak Eshee ketika lawatan kami, amat sedih...beliau tidak mampu lagi berQSO.....
Selepas melawat Pak Eshee kami terus mencari nasi kandar……Kami singgah Restaurant Mohd Raffe yang letak nya di 295, Burma Road, Pulau Tikus Pulau Pinang, (berhadapan dgn Balai Polis Pulau Tikus) harganya tidak mahal….saperti di restaurant yang lain….Nasi bersama seekor ayam yg di belah 4…..harganya baru RM6.50….ayam nya terlalu besar dan agak sukar utk seorang utk menghabiskan nya !!!!!
Kesimpulan
Misi yang tidak di rancang ini….amat besar makna buat kami semua. Oleh kerana masa yang singkat kami tidak berkesempatan bertemu dengan rakan2 ham yang lain di utara. Niat dihati kami ingin mengunjungi rakan2 yang lain namun tidak kesampayan. Walaubagaimanapun kami semua berpuas hati kerana dapat menziarahi rakan2 yg tersebut di atas. Lawatan ini sungguh bermakna untuk kami semua. Kita berdoa agar rakan kita di berikan kebaikan kesihatan.