Malaysian Amateur Radio News

Saturday, August 13, 2011

Rahsia "ALPHA"

Kali ini penulis ingin mengenegahkan sesuatu berkaitan frequency. Semua pengamal Radio amatur sudah sedia maklum apabila kita ingin membuat perhubungan kita memerlukan Frequency. Kita ada alat transceiver namun kita harus tune di frequency tertentu untuk kita berhubung dengan seseorang.

Sama lah sistem cakra kita semua nya mempunyai frequency tertentu. Kita semua mempunyai "vibration" (getaran) ….minda kita juga mempunyai "vibration" jika kita tahu mengawalnya dan tahu teknik menggunakannya masyaallah benarlah ……Allah berfirman dalam surah at-Tin, ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.”

"Pada paras Alpha, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7Hz hingga 14 Hz. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras Alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alpha ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan Qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi. Apabila anda melaksanakan Solat Tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan Solat Tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail. Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca Alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa.
Petikan: Artikal ini diambil dari Halaqah dan diolah oleh  penulis

Monday, August 8, 2011

Kenangan Bersama 9M2GL

Beberapa hari yang lalu sambil menyemak gambar-gambar lama terjumpa Gambar arwah Hj Idris 9MGL. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Penulis mengenali beliau hampir 20 tahun, Penulis amat menghormati beliau...Untuk pengetahun 9M2GL mendapat pendidikan berkaitan elektronik & wireless communications di Australia. dan beliau memiliki First Class Radio Electronic Certificate yang membolehkan beliau bertugas sebagai radio officer di kapal-kapal kargo dan juga penumpang. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang elektronik dan juga komunikasi. Sekembalinya dari Australia beliau bertugas di Radio Malaysia di bahagian Radio Pendidikan. Sebelum TV diperkenalkan, beliau  telah di hantar ke UK dan Canada untuk berkursus di bidang penyiaran TV. Satelah kembali beliau di tugaskan di bahagian TV. Dan beliau pernah membuat liputan sukan SEA di Filipina pada tahun 80an beliau ketika itu bertugas di bahagian teknikal

Aruah Hj Idris 9M2GL bersama penulis ketika "Air Show" di Subang Airport

Dalam bidang Ham Radio beliau begitu aktif sekali beliau selalu keudara di HF orang nya sungguh penyabar dan periang. Beliau juga kerap aktif dengan aktiviti JOTA bersama penulis, beliau juga aktif mengikuti rombangan Dxpedition di Johor,  Endau Rompin,   dll. Beliau amat suka aktiviti luar beliau tidak akan ketinggalan mengikuti apa2 program Field Day untuk pengetahuan semua pada tahun 70han ,80han, 90han Field Day biasanya diadakan pada 31 Ogos setiap tahun. Semasa penulis membuat program IOTA (Island On The Air) di Pulau Pangkor beliau juga turut serta. Beliau juga turut serta memberi bantuan komunikasi kecemasan ketika kejadian Highland Tower pada tahun 1993, beliau juga turut serta dalam memberi bantuan komunikasi kecemasan ketika kerja2 mencari dan menyelamat nahas pesawat Piper 28 di Genting Bidai pada Feb. 2004.


Pada tahun 2000 - 2006 penulis boleh dikatakan setiap pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja selalu berqso dengan aruah 9M2GL setiap pagi jam 8.00am hingga 9.00am di repeater 9M2RUK kami banyak berbincang mengenai hal-hal teknikal yang berkaitan ham radio. Banyak perkara yang kami bincangkan dan banyak perkara yang penulis pelajari dari beliau. Untuk pengetahuan 9M2GL dan 9M2RI adalah orang yang pertama memulakan kelas RAE secara sistematik dan profesional, sementara penulis hanya lah bertindak sebagai pembantu...seingat penulis pernah satu ketika kami kendalikan kelas RAE dimana seramai lebih dari 180 orang hadir dalam kelas RAE tersebut, ini adalah sesuatu diluar jangkaan dan kami dapat laknasakannya dengan baik. Beliau juga mengendalikan kelas CW di udara ya itu melalui satu repeater di Kuala Lumpur. Dan beliau juga mengendalikan kelas CW di Kelab Mares pada hujung minggu. Beliau banyak memberi sumbangan kepada kita semua. Kehilangannya beliau  menjadi kerugian besar kepada kita semua.    
Antara hobi beliau ialah monitor air craft frequency di VHF dan juga HF

Gambar kenangan semasa telibat dalam satu pameran

Gambar kenangan bersama Aruah Pak Mustaffa 9M2MX semasa kami menghadiri Seanet Convention di Bangkok 2004 
Bukan nya ramai Radio Ham di negara kita yang minat dalam monitor air craft. saperti beliau, beliau sanggup
membeli buku-buku berkaitan komunikasi Air Craft...penulis pun sama macam beliau dan kami sama-sama bertukar-tukar pendapat berkaitan perkara ini. Setahu penulis hanya ada kurang dari 5 orang yang benar2 minat bidang ini di sini.

Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau atas sumbangan yang beliau berikan. Al -Fatihah untuk beliau.

Friday, August 5, 2011

TOWER PROJECT PART II

Sedang memasang rotator di atas tower
Sudah beres...



 Alhamdulilah Rotator sudah di letakan di atas tower



Oleh kerana hujan sudah turun dan cuaca tidak mengizinkan kita meneruskan pepasangan seterusnya. Kita terpaksa turun. Nampak gaya nya projek ini terpaksa ditangguhkan sehingga Raya nanti,,,,
Sekarang tengah polish antenna kasi kilat sikit sebab dah kena hujan dan panas lebih dari 10 tahun...
Kena service pass tu baru boleh kita kasi naik....tunggu lepas raya nanti kita buat antenna party!!!!

Lee....saya menghadapi masalah untuk balas komen anda. Ya Saya mempunyai lakaran saperti tower berkenaan namun dalam bentuk hard copy....

Tuesday, August 2, 2011

TAHUKAH ANDA?

Hendak Sihat Berpuasalah !

“Berpuasalah nescaya anda akan sihat” (Riwayat al-Tabarani)

Manfaat dan kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan hanya diketahui dengan terperinci pada zaman moden dengan kemajuan sains dan teknologi. Saintis-saintis di Negara Barat sering membuat kajian mengenai kelebihan berpuasa yang mereka istilahkan “fasting” atau “diet plan” atau “starvation method” Bahkan mereka juga menerbitkan beberapa buah buku mengenai kelebihan berpuasa. Antara buku yang masyhur ialah The Miracle Of Fasting yang di karang oleh Paul Bragg dan juga Fasting as a Way Of Life oleh Dr Allan Cott.

Kajian demi kajian yang dilakukan oleh saintis barat mengenai puasa, telah menemui manfaat kesihatan yang sangat bernilai yang mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia di sebut penemuan yang paling berharga pada abad ini.


Seorang Pengarah di bahagian pemakanan di Moscow Dr. Yuri Nikolayev berkata penemuan terbesar pada abad ini ialah penemuan cara untuk memastikan tubuh badan kita menjadi lebih sihat iaitu dengan cara berpuasa. Ia penemuan terhebat pada abad ini yang jauh lebih bernilai daripada segala-galanya.
 


Berbagai jenis makanan yang kita makan. Semakin banyak makanan yang masuk, semakin banyak bahan buangan toksik dihasilkan dan juga semakin kuat badan kita bekerja untuk menyingkirkannya. Jika badan kita tidak mampu menyingkirkannya ia akan berkumpul dalam badan kita dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada masa akan datang saperti kencing manis, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan pelbagai penyakit lagi.

Rawatan..

Apakah ada jalan yang terbaik untuk merawat badan kita yang mengandungi toksik berlebihan? Apakah ada ubat mujarab yang boleh menyahtoksikan bahan-bahan buangan tersebut dengan percuma dan selamat? Tidak ada cara lain melainkan dengan cara berpuasa! Tampa bulan ramadan badan kita akan sentiasa dibebani dengan bahan-bahan buangan sepanjang tahun. Dengan ibadat puasa yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita. Antara sebahagain manfaat kesihatan yang diperolehi melalui ibadah puasa ialah:

1. Membuang Toksik dalam badan

2. Mengurangkan Berat Badan

3. Meninggalkan Tabiat Tidak Baik (Merokok)

4. Merawat Sistem Pernafasan

5. Merawat Penyakit Usus

6. Awet Muda

Sebenarnya terdapat pelbagai manfaat lain dari sudut kesihatan yang tidak cukup untuk diceritakan dalam ruangan yang terhad ini. Ia meliputi manfaat pada jantung, ginjal, paru-paru, otak dan seluruh system dalam badan. Semua manfaat tersebut ialah manfaat sampingan hasil daripada kesungguhan kita mentaati kewajipan yang Allah s.w.t tentukan iaitu berpuasa...Wallahu alam....

5 BONUS KHAS RAMADAN

Ramadan
Awalnya Rahmah
Pertengahannya Maghfirah
Penutupnya Pembebasan dari api neraka

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1. Bau mulut orang yang berpuasa iitu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah

Bonus 2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka

Bomus 3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: Hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakan pelbagai kusukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahgiaan hidup di akhirat)

Bonus 4. Syaitan-syaitan dibelenggu tidak dibiarkan lepas saperti pada bulan-bulan selain Ramadan.


Bonus 5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahalanya pahala amalan mereka satelah selesai mengerjakanya)