Baru-baru ini beberapa orang ham 9M2xxx dan 9W2xxx mengajukan beberapa soalan antara yang menarik perhatian penulis ialah masih ramai Ham di Negara kita tidak tahu yang cukai kastam untuk alat Transceiver telah di mansuhkan……..
Untuk pengetahuan pembaca Cukai untuk alat Transceiver Radio Amatur telah dimansuhkan seingat penulis di sekitar tahun 1995. Kita harus berterima kasih kepada 9M2SS (Sangat Singh), 9M2ZA (Zainal Farid), 9M2RS (Rashid Sultan) dll yang telah berusaha mendapatkan penguacualian cukai untuk alat transceiver Radio Amatur akan tetapi untuk Transceiver selain dari radio amatur cukainya dikekalkan sehingga hari ini.
1995 - 1998
Pada ketika itu kalau kita hendak membawa masuk transceiver dari Singapura kita hanya perlu mengisi borang Kastam JK69. Yang boleh di beli dgn harga RM1.00 di pencetakan nasional atau di Jabatan Telekom dll. Satelah mengisi borang tersebut kita hanya perlu mendapatkan “AP” (Approval Permit) dari pihak Jabatan Telekom. Pengalaman penulis pada ketika itu ialah penuluis hanya perlu bawa borang berkenaan ke Jabatan Telekom dan dapatkan pengesahan satelah borang tersebut di Chop dan di sign oleh pegawai yang bertugas…dimana biasa hanya mengambil masa 7 hari atau 5 hari sahaja. Salepas itu kita hanya bawa bersama kita. Satelah membeli barang yang dikehendaki di tempat pemeriksaan Kastam kita akan menyerahkan borang berkenaan kepada pihak kastam. Kemudian segala-gala nya selesai kita tidak perlu bayar sesen pun kepada Kastam dan juga Jabatan Telekom. Apa yang kita bayar hanya RM1.00 untuk membeli borang JK69. Bagaimana mengisi borang berkenaan ?
Cara nya mudah Tuliskan jenama dan model peralatan tersebut. Harganya. Dan isikan
1998 – 2011 dan seterusnya…
Satelah Jabatan Telekom dimansuhkan dan ujudlah satu badan kawal selia yang baru iaitu SKMM. Segala proses mendapatkan AP di serahkan kepada SIRIM pada ketika itu. Kita perlu mengisi borang JK69 dan serahkan kepada SIRIM dan bayaran yang dikenakan pada ketika itu hanya lah RM30 sahaja. Salepas itu berlaku satu perubahan dimana Notice No. 01/06/2004 yang di keluarkan oleh pihak SKMM dan senarai jenama dan model nya dikeluarkan pada 2004, dimana jika sekiranya alat transceiver yang di pohon tiada dalam list tersebut. Kita juga harus mengisi borang E-Permit dan juga borang “Permohonan Bagi Kelulusan Khas Peralatan Komunikasi. Kita harus membayar ...Pertama setiap peralatan Bayaran untuk proses sahaja dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 untuk setiap peralatan. Dan jika sekiranya alat tersebut tidak ada dalam senarai list tersebut setiap set pula di kena kan bayaran sekurang-kurangnya RM150.00 Pada tahun 2010 penulis ada membawa masuk 4 jenis Tranceiver yang terpakai yang di beli dari ebay. Dari 4 alat tersebut hanya satu alat sahaja yang tersenarai dlm list tersebut sementara yang 3 lagi tidak. Pada ketika itu penulis perlu mengeluarkan wang sebanyak RM750.00 untuk semua alat ini dan wang RM750 dibayar kepada SIRIM. Resitnya masih penulis simpan sebagai bahan bukti/rujukan................
KESIMPULAN.
Orang-orang veteren telah bersusah payah mendapatkan pengecualian cukai dimana pada ketika itu kita hanya perlu membayar RM1.00 itu sahaja. Akan tetapi sungguh malang pada hari ini cukai telah di mansuhkan namun kita perlu membayar beratus ringgit pula kepada pihak SIRIM. Dan kalau dirujuk kepada kes di atas penulis kira bayaran nya lebih tinggi dari cukai jika sekiranya cukai untuk Transceiver dikekalkan. Penulis tidak mahu komen apa-apa disini.
Penulis harap mereka-mereka yang menerajui Persatuan Radio Amatur yang besar dan yang gagah pada hari ini perlu melakukan sesuatu perubahan. Janganlah kita hanya lihat pada skop yang sempit dengan memikirkan soal kelab/persatuan sahaja. Ada diantaranya pula hanya memikirkan soal peribadi "personel interest" Lakukanlah suatu yang lebih besar untuk kebaikan semua warga ham. Cuba masyarakat kita hari ini membuat satu perubahan dengan banyak memberi (memberi khidmat...tenaga, fikiran dll) penulis percaya kalau masyarakat kita hari ini berfikiran positif dgn mengubah sikap yang sedia ada, maka semua kita akan bahagia.......
"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….."
Alamat SIRIM
"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….."
Alamat SIRIM
SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
SIRIM Complex,
No. 1, Persiaran Dato’ Menteri, 40700 Shah Alam, Selangor.
Johor Branch
SIRIM Berhad,
No.3, Jalan Teknologi 5, Taman Teknologi Johor, 81400 Senai, Johor Darul Takzim,
Malaysia.
GPS Coordinates N 1° 34' 31.49", E 103° 39' 9.83"
(607) 5990033 / 5990077
(607) 5998366
Penang Branch
SIRIM Berhad, Lot PT483 Mukim 6, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia.
GPS Coordinates N 5° 21' 58.72", E 100° 25' 31.01"
(604) 5384260
(604) 5384261
Sarawak Branch
SIRIM Berhad, Lot 802, Tmn Perindustrian Demak Laut, Jln Bako, Peti Surat 3292, 93764 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
GPS Coordinates N 1° 35' 5.98", E 110° 24' 43.32"
(6082) 439052 / 439054
(6082) 439060
Sabah Branch
SIRIM Berhad, Beg Berkunci 2072, 88999 Kota Kinabalu, Lot 1, Fasa 1, Zon Perdagangan (KKIP),
Jalan Timur 6, 88450 Sabah, Malaysia.
GPS Coordinates N 6° 5' 38.00", E 116° 11' 12.87"
(6088) 497082 / 4970882
(6088) 496357
Labuan Branch
SIRIM Berhad, Lot No. 2, Dataran Labuan Jalan Merdeka, Wilayah Persekutuan Labuan.
GPS Coordinates N 5° 16' 35.32", E 115° 14' 40.05"
(6087) 422718
(6087) 422718
Kerteh Branch
SIRIM Berhad, Lot 9284, Ground Floor Jalan Kampung Gelugor, Kerteh 24300 Kemaman, Terengganu.
GPS Coordinates N 4° 30' 56.30", E 103° 26' 41.37"
(609) 8264300
(609) 8264200