Wahhhhh ini baru betul Radio Ham....!!!!
9M atau Nine Mike - 9W atau Nine WiskeyBaru-baru ini saya terdengar perkara ini dibahaskan....ada pula seseorang di tegur kerana tidak menggunakan callsign dengan betul...perkara ini telah berlaku seingat penulis pada tahun 2003 penulis sendiri pernah di tegur oleh seorang 9Ws berkaitan perkara ini pada tahun 2003. Penulis terpanggil untuk memberi sedikit penerangan berkaitan perkara ini. Mungkin ada setengah antara kita menyifatkan perkara ini remeh temeh. Akan tetapi perkara yang sekecil ini kita tidak mamahami bagaimana kita melangkah kepada yang besar-besar.
Diawal tahun 80han... 90han perkara ini tidak pernah dibahaskan....mengapa?
Kerana apa yang penulis tahu mungkin pada masa lalu
Ham di negara kita tidak ramai dan mereka semua sibuk berqso di DX band dan
kebanyakan ham di Malaysia hanya berqso sesama mereka di 40M band dari utara
hinggalah ke selatan dan mereka pula kebanyakan nya berbincang mengenai teknikal
berkaitan Ham Radio boleh dikatakan kebanyakan dari mereka berilmu pengetahuan.
Dan minda mereka amat luas kerana banyak pendedahan berqso di HF.
Penulis tidak lah disini berniat untuk memperagungkan HF atau memperkecilkan penggunaan 2 meter apa yang hendak dijelaskan disini ialah kenapa perkara ini ujud pada hari ini dan bagaimana memperbaikinya. Perlu ada penjelasan.......
Cuba kita lihat sendiri CMA 1998 (Communication Multimedia Act 1998) Peraturan dan juga Guidelines for Amateur Radio In Malaysia First Edition 1/10/2004. Apa kah perbezaan Regulation dan Guide Lines atau dalam bahasa melayu membawa maksud Garis Panduan, maaf saya bukan pandai sangat berbahasa namun saya cuba terangkan di dalam bahasa yang agak ringkas dan mudah di fahami. Menurut kata beberapa orang Ham yang baru beberapa tahun memiliki AA mereka berkata didalam garis panduan mengatakan Callsign harus disebut dengan menggunakan full Pheonetic dan tidak boleh menyebut selain dari phonetic. Memang benar jika kita buka Guidelines For Amateur Radio In Malaysia berkenaan ada menyebut perkara ini di mukasurat 20....."Callsign should be spelled phonetically..."
Sekarang mari kita buka buku ARRL Handbook, RSGB Hand Book, Tidak ada tersebut di mana-mana yang mengatakan kita harus menggunakan Phonetic untuk menyebut callsign contohnya utnuk huruf A kita kene sebut Alpha akan tetapi di HF kebanyakannya menggunakan America, Atlantic dan sebagainya sementara untuk huruf "O " Oscar pula disebut Ontario ini kerana ada setengah bangsa didunia ini mereka amat sukar menyebut Oscar . Perkataan Ontario diterima pakai oleh rata-rata operator radio amatur diseluruh dunia. Sila monitor di HF atau tanyalah pada mereka-mereka yang telah berpengelaman di HF.
Menurut sebuah buku Amateur Radio Operating Manual terbitan RSGB menyatakan ...."Plain language should be used where possible...." Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan ini kenapa perlu kita sebut saya akan ke Papa Juliet dan selepas itu saya akan ke Kilo Lima Charlie Charlie kalau di KL Papa Juliet jadi dua makna sama ada Putra Jaya atau Petaling Jaya.......dan ini mengelirukan pendengar. Sebut saje perkataan yang mudah di fahami. Kenapa di sebut Kilo Lima sebut ajelah KL sebab ianya kan lebih mudah dan ringkas.
Mari kita lihat apa lagi yang tercatat dalam buku berkenaan...."Although the recomended alphabet was selected to avoid ambiguity, it can happen in very poor condition that, for example. 'Oscar sounds like Alpha' In this case, the use of alternative like 'Ontario' might be solution..."
Mungkin ada yang mengatakan ini Malaysia kita ada undang-undang tersendiri dan garis panduan sendiri memang benar akan tetapi Amateur Radio ini Global. Katakanlah anda baru mendapat AA kelas A anda terus ke freq. 14.250Mhz di HF kebetulan mamat ini dari Germany anda menegur beliau dengan mengatakan anda tidak boleh gunakan perkataan Ontario untuk huruf O....anda perlu menyebut Oscar mungkin mereka akan tertawakan kita jika kita bersifat demikian. Kita perlu rasional dalam perkara ini.
Mari kita lihat suatu perkara kalau anda pergi ke utara tanah air bukan melalui lebuh raya tetapi melalui jalan persekutuan anda akan terjumpa dengan sebuah tempat di panggil Simpang Ampat...mana ada perkataan melayu menyebut Ampat satu lagi pula mana ada perkataan melayu di sebut Ampang setahu saya Empangan kemungkinan besar semasa penjajahan Inggeris dahulu mereka tidak tahu menyebut Empangan akan tetapi cara sebutannya berbunyi Emmpang maka sampai sekarang ini nama tempat tersebut adalah Ampang. Nah sekarang ini perkataan itu diterima pakai oleh semua pihak.....
Kita harus melihat dari pandangan yang luas dan kita harus membuat banyak rujukan dan perbandingan satelah memahaminya barulah kita boleh menjelaskannya dengan baik. Dan kita pula perlu berhati-hati dalam memberi teguran, penulis tidak mengatakan ianya salah namun cuba kita fahami apa yang dimaksudkan dengan Garis Panduan, Akta dan Peraturan?
Kita ambil satu contoh 9M2ANO hanya menyebut dirinya 9M2ANO dan station yang satu lagi memahami callsign yang disebut adalah 9M2ANO. Beliau tidak menggunakan Nine Mike Two Alpha November Oscar. Cuba kita lihat dari segi perundangan adakah ianya menyalahi undang-undang jika sekiranya ianya tidak menggunakan phenotic bolehkah pihak berkuasa mendakwa operator berkenaan di mahkamah? Apakah pihak pendakwa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan berpandukan Garis Panduan? Saperti yang penulis sebutkan tadi kita harus memahami apa yang dimaksudkan dengan Akta, Peraturan dan Garis Panduan.
Garis panduan yang ada telah dikeluarkan pada 1hb Oktober 2004 dan tidak dikemaskini sehingga ke hari ini. Pada pendapat penulis ada beberapa perkara harus diperbetulkan dan ada beberapa perkara harus dimasukan, Garis Panduan ini harus di "Fine Tune"
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan mengemas kini semua ini? Agaknya siapa ya? Adakah pihak berwajib.....jika pihak berwajib tidak mengambil langkah ini. Mungkin ada yang mengatakan persatuan.....jika persatuan.....persatuan yang ada pada hari ini banyak yang mana satu? Persatuan manakah yang layak melakukan kerje-kerja ini? Banyak tanda tanya disini apa-apa pun penulis berharap pihak-pihak tertentu perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk kesejahteraan warga Radio Amatur di negara ini.