Semenjak SKMM mangambil alih Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1998...dan ujudnya CMA 1998. Semenjak tahun 1998 sehingga pertengahan 2001 tidak ada ujian RAE di adakan pada penghujung tahun 2001 kalau tidak silap penulis maka ujian RAE pertama di kendalikan oleh SKMM tahniah kepada pegawai-pegawai SKMM dan juga rakan-rakan HAM yang bekerja keras untuk menjayakan RAE ini.
Semenjak tahun 1998 hingga lah pertengahan tahun 2005 tiada ujian CW di kendalikan oleh pihak SKMM dengan demikian tidak ada pertambahan 9M2xx/9M6xx/9M8xx dan yang menyedihkan ada yang telah meninggalkan kita ini menyebabkan kekurangan pemegang AA kelas A.
Atas dasar keperihatinan inilah 9M2RS, 9M2SZ DAN 9M2AU telah membuat kunjungan ke Sekolah Latihan Semboyan Kem Sungai Besi dengan bantuan 9W2SO kami di bawa kesana. Satelah masyuarat diadakan antara Komandan Sek. Latihan Semboyan berkenaan 9M2SZ kemudian menyediakan satu kertas kerja dan kertas kerja ini di bentangkan kepada pihak SKMM. 9M2RS, 9M2SZ dan 9M2AU beberapa kali mengadakan masyuarat berkaitan perkara ini dengan pihak SKMM di Cyber Jaya. Akhirnya pada hujung tahun 2005 maka SKMM bersetuju mengadakan ujian CW.
Semenjak tahun 2005 sehinggalah 17hb March 2010 yang lalu penulis kira mungkin sekarang ini sudah ada hampir 100 pemegang AA Kelas A 9M2xxx/9M6xxx/9M8xxx ... namun persoalannya sekarang kemana mereka ini....
Ada setengah nya kedengaran di DX band di 20 meter band dan di DX band yang lain.
40M Band Local Net
Kalau di 40Meter Band... penulis kira hanya ada lebih kurang 15 station sahaja yang kedengaran di 40Meter Band. Itu pun ketika di adakan 40Meter Net yang di adakan setiap hari Ahad jam 0930Hrs atau 0130 UTC. akan tetapi pada hari-hari biasa kita hanya kedengaran 9M2GET, 9M2MSL, 9M2ODY, 9M2MAR,9M2AUR, 9M2SLJ dan beberapa orang veteran yang lain.
Mengapa penulis menumpu ke 40Meter Band. ianya adalah kerana 40M band ini adalah satu band yang digunakan untuk station-station tanah air. Dari sini barulah kita boleh mengenali satu sama lain kerana di 2 meter ini amat limited kerana di sana pun agak sibuk....Tujuan nya juga untuk kita pergunanakan frequency berkenaan kerana kami amat kuatir satu hari nanti frequency berkenaan digunakan oleh jiran tetangga sehingga menyukarkan kita untuk beroperasi disana. Dan kami juga mengharapkan agar jenerasi yang baru ini mengambil alih mereka yang veteran ini. Dan disini juga adalah satu plateform untuk kita belajar.....
Faktor
Apakah faktor yang menyebakan amat kurang sekali 9Mxxxx ini di 40M Band.
Apakah faktor yang menyebakan amat kurang sekali 9Mxxxx ini di 40M Band.
Antara penyebabnya adalah saperti berikut:
A. Tiada Transceiver HF
b. Ada Transceiver HF tetapi tiada antenna HF
C. Ada Transceiver HF namun tiada Power Supply yang sesuai.
D. Ada Transceiver HF ada semuanya namun tidak berminat atau segan
untuk berqso di 40M
E. Ada Transceiver HF namun tiada tempat untuk memasang HF antenna
F. Tidak berminat berQSO di HF hanya sekadar suka-suka mengambil UJIAN.
Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk berqso di 40M namun kita
harus mengekalkan tradisi kita sejak dari awal lagi di zaman VS2DW ( 9M2DW), 9M2GL,9M2EG, 9M2FR dll yang aktif di situ pada setiap petang jam 6.00pm....Jika kita tinggalkan perkara ini maka frequency berkenaan akan di diami oleh jiran tetangga kita yang semakin hari semakin ramai. Jangan satu ketika nanti kita menyalahkan diri kita ......semua frequency sudah di penuhi oleh jiran tetangga kita.
Penulis mengharapkan agar lebih ramai lagi pemilik 9Mxxxx aktif diHF DX band namun jangan lupa di 40M band. Ibarat kata kita kenal orang jauh namun jiran tetangga kita, kita abaikan...............dan kita tidak mengenali mereka......
Kita harus kekal menginap di 40M. Penulis boleh katakan disini bahawa berqso di 40M membuat anda matang .............Kerana cara berqso di 40M atau di HF adalah berbeza dengan frequency local yang lain.....