Friday, March 27, 2009

Catatan Dari Dubai Bahagian 1






Catatan Dari Dubai Bahagian Pertama

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
Dubai International Airport adalah sebuah airport yang paling sibuk di timur tengah dan adalah antara airport yang penting di dunia dimana lebih 34.4 juta penumpang yang menggunakanya pada tahun 2007 meningkat 19% pada tahun sebelumnya. Terminal Sheikh Rashid dibuka pada tahun 2000 fasa kedua pembesaran termasuk terminal 3 yang baru dengan belanja lebih dari US$ 4 BILLION ia dibuka pada 14hb Oktober 2008. Jika siap keseluruhan pembesaran airport ini ianya boleh manampung penumpang 70 juta dalam setahun. Pada Feb 2009 yang lalu Penerbangan Emirates memulakan penerbangan sulungnya menggunakan pesawat Airbus A380 dari Dubai ke Australia. Saperti yang kita semua maklum pesawat ini boleh membawa penumpang seramai 400 orang. Harga sebuah pesawat ini ialah lebih dari USD 300 Juta

Penduduk UAE adalah lebih kurang 870,000 sementara pendatang asing yang bekerja disini seramai 3 Juta lebih semuanya. Seramai 80% darinya terdiri dari warganegara India dan yang kedua terbesar adalah warganegara Filipina dan selebihnya terdiri dari Pakistan, Bangladesh, Mesir, Iran, Iraq, UK, US dll…

Jika anda berjalan keluar sedikit dari Bur Dubai anda akan lihat bangunan pencakar langit. Kiri kanan depan belakang anda akan saksikan bangunan yang dalam proses pembinaan. Lebuh rayanya terdapat 6 lorong diwaktu pagi lebuh rayanya sesak sementara di waktu petang pula pada jam 6.00pm lebuh raya yang 6 lorong ini jam. Ini kerana terlalu banyak kenderaan yang menggunakan lebuh raya ini.


Hotel Burj AL-Arab

Penginapan
Ada banyak pilihan hotel di sini mengikut sumber yang boleh di percayai hotel-hotel disini harganya dari Dhs200 semalam hingga ke suites di Burj Al Arab dimana boleh mencecah lebih dari Dhs10,000 semalam. Hotel ini tersenarai dalam majalah Fobes dimana adalah antara hotel yang termahal di dunia Mata wang disini adalah Dirham ringkasnya dalam DHS atau AED


Pengankutan Awam.
Kenderaan awam disini ialah bas dan teksi…semua bas dan teksi di sini dilengkapi dengan alat GPS. Teksi dan bas disini di kendalikan oleh RTA atau Road Transport Authority. Semua perjalanan bas dan teksi dipantau oleh RTA melalui alat GPS di bilik kawalan RTA. Di Dubai sahaja terdapat lebih dari 10,000 buah teksi yang bergerak 24 jam. 90% dari pemandu teksi disini terdiri dari orang Pakistan dan yang selebihnya datang dari India ,,,,Bangladesh, Iran, Sudan, dll. Di sini 90% teksinya menggunakan Toyota Camry 2.4L, dan selebihnya menggunakan Chevrolet, Nisan Altima, Volvo V70, Toyota Inova dll. Mengikut pemandu teksi disini, masa kerja mereka ialah dua shift iaitu dari jam 0700 – 1900 DAN 1900 – 0700.
Pembinaan Mono Rail sedang pesat dijalankan dan dijangka akan beroperasi pada hujung tahun 2009 ini. Landasan mono rail ini panjangnya ialah 25KM. Buat masa ini setesen2 mono rail sedang giat dibina sebuah setesen mono rail yang letaknya berdekatan dengan Palm Jumeirah atau lebih dikenali dengan Gateway Tower mempunyai tempat letak kereta setinggi 11 tingkat dan selebihnya adalah shopping complex dan condominium.

Bersambung….